Lombok : Rumusan

Ingat tak supir yang nama Bogo tu?
Yang saya kata ramah tamah layan saya dengan Encik Z sembang tu?
Haa inilah ceritanya…

Dia cerita yang pasal heboh lelaki Lombok bawak lari gadis Malaysia tu.
Katanya memang tradisi orang Lombok bawak lari gadis yang dia suka untuk dinikahi.
Lepas bawak lari, nanti haa baru boleh nikah.
Biasanya memang kalau dah dibawak lari tu memang terus nikah je.

Tapi yang salahnya sebab diorang ingat rules ni applicable to all.
Tu yang dibawak larinya gadis Malaysia huhu.
Lagi satu Bogo kata statistik perceraian kat Lombok ni tinggi.
Mana tak nya, nampak je perempuan yang depa suka, bawak lari, tup tup lepas kahwin, muka je lawa tapi pemalas, tak pandai masak dan sebagainya.
Lalu ‘Aku ceraikan kau’ lah, apa lagi.

Anak gadis kalau mak ayah dan tetapkan pernikahan, diorang tak boleh melawan.
Kena akur. Walaupun kena nikah dengan orang tua.
Ramai jugak yang alim ulama, imam nikah dengan gadis gadis muda tau.
Kita kalau kat sini mesti dah keluar statement ‘Nama je Imam, tapi bini 4!’
Kan? Sedangkan benda tu bukan berdosa pun huhu.

Yang paling menarik bila dia cerita kat Lombok ni orang semua berlumba lumba nak buat kebaikan.
Tu Lombok ni juga dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid.
Masjid banyak kot!
Setiap 500 meter mesti ada masjid.
Yang memula saya sampai hari Jumaat tu kan, orang pegi solat Jumaat, dah confuse dah dengar bunyi azan dari masjid mana.
Tapi tapi tapi, walaupun masjid banyak, tapi semua pun full!
Ada yang solat sampai ke luar luar tepi longkang lagi ha.

Kat sini jugak penduduknya berlumba lumba kumpul duit nak pergi menunaikan Haji dan umrah.
Memang bagus lah bab agama ni depa bersaing saing.
Walaupun lepas balik Haji kena turun sawah dan berkebun dan mula kumpul duit semula, diorang tak kisah.

Saya tanya kat Bogo, artis yang berasal dari Lombok siapa?
Dia kata yang famous famous takde rasanya.
Tapi dulu ada sorang namanya Udin Sedunia.
Asalnya dia nyanyi nyanyi biasa je, tulis lirik.
Pastu ada recording company yang berminat, so rakamlah lagu dalam bahasa Sasak.

Memula orang suka sebab dia macam kelakar kelakar gitu, tapi lama lama orang pulaukan dia.
Sebabnya orang kata macam dia mempermainkan nama nama orang.
Saya tanya lagi, so apa jadi dengan Udin Sedunia sekarang?
Kembali menjadi petani, Ibu.
Aduhh.. kasihan…

Contoh lirik dia macam ni..

Udin yang sering ke masjid, namanya alimudin
Udin yang rajin berdoa, namanya aminudin
Udin yang rada stress, namanya sarapudin
Udin yang tidak stress, namanya sadarudin
Udin yang nggak suka marah, namanya sabarudin
Udin yang bijaksana, namanya arifudin
Udin yang pemalu, namanya akh maludin
Udin yang suka jual bola, huss namanya halibudin
Udin yang doyan sms’an, namanya hapepudin
Udin yang suka berperang, namanya badarudin
Udin yang hidupnya pasrah, namanya nasibudin
Udin yang bisa dihilangkan, namanya hasiludin
Udin yang terakhir
Namanya akhirudin.

Sentaplah kot orang yang nama Udin ni nama mereka dipermainkan.
Macam macam kan hehe.
Tapi serius seronok borak dengan Bogo ni.
Segala soalan saya yang pelik pelik dia layannn je.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan beliau. Amin.

Ini ole ole yang saya beli di sana.


: : Brooch mutiara. Mutiara terkenal jugak di Lombok ni. So alang alang tu, beli je lah. RP100,000 untuk 4 set ini : :


: : Pisang salai, Dodol Rumpai Laut & Manisan Sirsak. Sirsak tu durian belanda. Rumpai laut & Sirsak pun jua ole ole yang wajib korang beli kalau datang ke Lombok : :


: : Fridge magnet kayu RP60,000 : :


: : Nampak fridge magnet ni kat kedai yang jual susu kuda liar tu. Dia tak pamerkan pun. Saya nampak kat cashier dia letak gitu je. Pilihan pun tak banyak. RP15,000 satu : :

image
: : Baju Yaya. Kualiti bagus tau tshirt ni semua. Kain jenis tebal : :

: : Kemeja untuk Maamar. Seluar kontot untuk yang lain lain. Belah kanan atas bawah tu tshirts saya dengan Encik Z. Sedondon gitu : :

Perbelanjaan di Lombok, Indonesia :-

Flight Air Asia untuk 2 orang RM426
Hotel & Transportation RPRP5,040,951
Makan RP1,266,500
Sewa Basikal RP150,000
Massage RP506,000
Ole Ole RP1,073,000

Bajet atas ni taklah accurate sangat, tapi plus minus gitulah.
Terpulang pada masing masing, nak travel secara berjimat, sederhana atau mewah.
As for me, tak kisah pun cemana cemana, janji happy.
Objektif nak tengok tempat orang tercapai.
Ini video yang saya sempat rakam masa kat sana.
Campur campur dengan iPhone & GoPro.

Kesimpulannya Lombok adalah best.
Sila lah korang ke sana bersantai santai menikmati pemandangan.
Kalau ada rezeki saya nak pergi lagi. Nak pergi lagi bawak Yaya pulak.
Tapi bila tu cuma Allah saja lah yang tau.

Terima kasih Lombok! Kamu pasti saya rindui….

Watamat. TQ for reading!