Air Terjun Lata Kijang Yang Indah

sebelum bergerak pulang, wajib bin harus bergambaran kat air terjun lata kijang nie. ye la, bila tahun lagi pun nak datang kan…
aku plak spesis yang kureng suka nak repeat pegi satu-satu tempat, 2 atau 3 kali. apatah lagi lapanploh kali. gitu…

indah sungguh air terjun nie kan.
nak nak pulak aku pakai tshirt warna merah.
lagi terserlah keunikan gambar nie.

wah main lentuk-lentuk kepala lak. kau ingat kau comel?
ala, sesekali feel feel paling comel bola bola api, apa salahnya… :p

nak lompat, nak lompat <<– aku cakap kat encik z
ikut suka awak la normaya <<– encik z geleng-geleng kepala

yang nie plak kat sebelah atas sikit.
tengah-tengah antara tapak khemah dengan jalan nak naik atas tunggu van tu.
hazabb ok mendaki tangga dengan bebanan berat. heh.

with my honey pie, my lovey, my pumpkin, my sweet pea, my handsome.
wah! handsome ke? dush dushh…

akhir kata dari saya, pada sesiapa yang minat camping-camping nie,
mungkin boleh pertimbangkan untuk ke lata kijang jelebu.
insyaAllah anda pasti terpesona dengan keindahan semulajadinya 🙂

P/S : lain kali kalau tak tau cerita. tak tau hujung pangkal. tak tau A – Z jangan sibuk-sibuk nak bagi pendapat dan nak hanjengkan orang.
tup-tup dah tau kebenarannya, kan dah malu sendiri.

jangan asyik nak dengar cakap kawan kau yang banyak propah tu, dan jangan jugak asyik nak pot pet dengan orang konon-konon kau tu mesra sangat.
tapi hakikatnya orang benci.

jangan banyak cakap. takut tertelan air liur sendiri nanti. kan?