All About Wilayah Persekutuan Labuan

ok ni entry terakhir labuan.
saya nak wrap up semua dalam entry ni.
best ke labuan ni?
wajibul ghunnah ke pegi labuan ni?
ok korang pun tau labuan ni ialah pulau.
so nothing much la kan.
tapi kalau nak pergi jalan jalan tengok tempat orang apa salahnya.
saya beli tiket air asia RM198 return.
saya beli sebulan setengah sebelum travel.
dekat labuan saya stay di beta service apartment (BSA)
BSA ni panel B** so dapatlah harga korporat #untunglaa.
kalau ikut harga sebenar ialah RM268 satu malam.
molek korang pergi reramailah. boleh tong tong.
20130521-070218.jpg
mengada sangat pintu apartment pun nak disnap nya ha.
pandang pintu ni teringat ada peristiwa malam pertama tu.
elok saya dan masy tengah santai santai kat hall tetiba dengar percubaan orang nak bukak pintu apartment kami.
masy la memula perasan.
saya tak pikir apa dah, pikir hantu je hahahahhahaha.
dasar penakut.
pastu masy kata ‘eh kak ostajah ada orang nak bukak pintu tu’
pastu saya tolak masy suh ke depan.
saya follow di belakang.
bila bukak pintu rupanya ada orang sudah silap apartment daaaa.
dengan konpiden kooo pusing kunci.
ujung ujung salah apartment.
4 orang perempuan. terus cam ‘eh eh salah. sorry sorry’
ya. ok. whatever.
apartment ni ada 2 bilik.
2 bilik air. ada balkoni.
ada ruang tamu, ruang makan, dapur.
iron dengan iron board boleh request.
kat dapur ada fridge, pinggan mangkuk semua.

: : dapur : :

: : ruang tamu : :
tv siaran astro takde yer.
channel tak banyak pilihan. tapi sokayy.
wifi disediakan.
haaaa wifi lagi best kot dari tv.
laju berdesupppp zappp zuppp zappp.
tu yang saya dok keek tanpa sempadan tu.

: : tak berapa paham motip meja ni : :

: : view dari balkoni : :
toilet pun besar.
ada bath tub lagi.
cuma yang agak mengganggu emosi saya sebab blind warna coklat tu tak boleh tutup habis.
kalau masuk toilet malam malam agak ketakutan jua lah.
BSA ni bersebelahan je dengan financial park labuan.
in fact di bawah satu bangunan. bawah satu bumbung.

: : pintu dari arah hotel : :

: : pintu dari arah financial park : :

: : laluan dari/ke financial park/BSA : :
financial park ni kiranya shopping mall, apartment, dan office.
kira centre labuan laa.

: : financial park juga dalam bahasa melayunya dikenali sebagai ujana kewangan. orang labuan sebut UK. kemain UK : :

: : berdepan UK adalah medan selera labuan : :
so kalau korang stay kat BSA, takyah runsing runsing pasal makan.
dalam financial park ada banyak kedai makan.
kalau taknak makan kat dalam, haaa boleh makan kat medan selera ni.
tapi siang siang ia ndak bukak bah.
ia bukak malam malam saja bah.
shopping?
saya bagitau tadi kan financial park ni pun adalah shopping mall?
so korang boleh je shopping dalam ni.
tapi kalau nak cari fridge magnet yang unik unik dan nak beli kain batik, korang kena lah ke labuan market.
nak menapak macam hmmm agak menjauh.
tapi kalau korang rajin boleh je.
coklat korang shopping je kat kedai dalam financial park ni.
nama kedai tu duty free sky park. banyak choice dan murah.
saya shopping tshirt dewasa 2 helai, tshirt budak 3 helai, fridge magnet besi yang biasa, fridge magnet bentuk handbag yang comel, kain batik 5 helai dengan brooch. itu saja 🙂
20130521-070148.jpg
20130521-070254.jpg
: : dan of coz shopping coklat. fingers tu sedappp tapi tak pernah jumpa kat KL : :
pengangkutan?
kalau korang datang labuan just nak stay kat BSA, tak payah sewa kereta pun takpe.
shopping kat bawah, makan kat bawah, maka nya untuk apa sewa kereta?
tapi tapi tapi dah sampai labuan takkan taknak pekena seafood?
takkan taknak ronda ronda sekitar labuan?
so memang disarankan sewa kereta.
boleh ambik nombor abang DIN ni ha.
010-7776996.
saya sewa viva manual 660cc RM55 sehari.
saya sewa 2 hari saja.
masa ambik kereta minyak ada dalam RM10.
hari ke 2 saya tuang lagi RM5.
so total minyak cuma RM15 saja.
murah kan???? dah la bahagi 4 pulak tu.
keretanya bersih. cuma standard kereta sewa, takde radio.

: : abang din dan viva nya. mekasih viva bawak kami pusing pusing labuan : :
20130521-070240.jpg
: : atas flight beli set biskut dan towel. belah kanan tu losyen yang adik steward hensem bagi : :
20130521-070202.jpg
: : masy kesayangan saya (L) : :

: : terima kasih adik adik kerana teman kakak ostajah ke labuan : :
kalau ada apa-apa soalan tentang labuan boleh drop kat kotak komen atau email saya k.
bercutilah di malaysia!
segala galanya ada di malaysia bah!