Bye Bye Kota Kinabalu Sabah

sampai kat airport cam ngam ngam soiii sebelum kita fly fly piulang.
tapi aku tapau mcdonalds lu nak bagi yaya makan.
aterrrr tak makan apa. cuma breakfast pagi tadi je nya kat hotel.
oh, flight kitorang kul 5.30 petang yo.

syiok la bawak yaya jalan trip nie.
sebab dia takde merengek nangis nak opah dia ke hapa ke.
kalau agak-agak aku menaga, terus dia lari kat encik z.
pastu encik z plak menaga kat aku.
so laki bini bertukar menjadi naga kekdahnya.

oleh sebab yaya berkelakuan baik gini, insyaAllah boleh plan untuk ke percutian seterusnya. insyaAllah jika bajet mengijinkan..

balik nie kita naik kapal terbang besar oh..
best best…
kaklong kata biasa kapal besar gini selalu nya dari mana-mana.
dari mana-mana tu ntah dari mana ntah dia sebut. narita kot.
apa-apa je la kan..

kapal terbang besar, perlewww ke aku pun menjadi besar sebesar raksaksa?
heh.

encik z tak duduk sebaris ngan kami.
dia duk seberang lorong. alah tapi sebelah je pun.
boleh je lagi kalau nak pegang pegang tangan.

beberapa saat berlalu, diikuti dengan beberapa minit..
kemudian membawa ke setengah jam.. sejam.. dan akhirnya satu jam setengah!
flight delay kooo…
patut berlepas kul 5.30 petang kan?
ujung-ujung kul 7 malam baru fly fly.
(*&^$%#$%&()^&&%^&^&.

sementara menunggu tu dibekalkan kami dengan sepeket kacang dan segelas air kosong. aiseymen… patutnya bagi la chicken chop ke, lamb chop ke…
tak agak agak demand walaupun economy class je ko kan…

lepas fly fly baru dapat makan.. lapar laparrr….
lepas makan, yaya sudah diulit intan…

memula aku tak boleh nak lelap mata.
so layan muzik sudah…
agak goyang hari tu. cuaca tak begitu baik oh..
dah la gelap malam, pastu hujan plak. huhuu…

tapi lepas tu lelap jugakkkk…
kaki tidur kan… walaupun tak berapa selesa, tapi tatap zzzzzzz…

alhamdulillah, pukul 9.30 malam gitu selamat touched down di KLIA.
yaya bengkeng selepas dikejut secara paksa. heh.

punggah barang, tolak troli terus menuju ke ERL sana.
semua pun buat dengan kepantasan cahaya sebab memasing dah tak larat.
mau laju laju sampai rumah.

demikianlah watamatnya kisah cuti-cuti aku ke sabah sinun.
patutnya masa stay kat kundasang tu nak pergi walkway dengan hot springs tapi tak sempat sebab konvokesyen adil jatuh hari sabtu.
memula ingat hari ahad. tapi takpe, sebab aku dah penah pegi pon. heee…

hari tu aku kata nak letak link cuti cuti aku ke KK yang first kan, tapi tiba-tiba rasa taknak letak plak. buleh?
encik z kata kalau buleh jangan letak.
takut la menimbulkan sok sek yang tak molek didengar.
so aku ikut cakap dia la ek….

ok sekarang aku kena buat marathon update cerita lain plak.
banyak giler gambar dalam kamera tu udah terdampar…
so korang stay tune k 🙂