Kota Bharu, Kelantan : Pasar Kubang Pasu & Pasar Besar Siti Khadijah

Hari terakhir di Kota Bharu. Flight pulang pukul 4.50 petang so masih banyak masa lagilah har i ni.Walaupun begitu, tetap jugak bangun pagi-pagi sebab hari ni nak breakfast kat Pasar Kubang Pasu.


: : Hotel ni provide breakfast cuma food selection terhad lah. Lepak dulu sementara tunggu yang lain : :


: : Pasar Kubang Pasu : :


: : Rambang mata taktau nak makan apa sebab banyak nau pilihan makanannya ha : :


: : Last-last ambik Laksam & Pulut Kelapa Ikan Goreng. Sedap! Suka suka suka. Encik Z makan nasi dagang : :


: : Area sini banyak kucing! : :

: : Nasib ada seat kosong, sebab seat dan table kat sini pun tak banyak : :

Seterusnya… save the best for last gitu. Shopping di Pasar Besar Siti Khadijah.
Tapi sebenarnya takde la shopping mana pun. Being Normaya, shopping segala ni bukan keutamaan sangat pun. Cumanya dah alang-alang sampai tu kita beli lah sehelai 2 kain buat kenangan, buat syarat gitu.
Memang rambang mata dalam ni, segala macam fabrik material, kain sutera, kain batik, kain chiffon semua ada. Kau cakap je kat orang jual ni, semua dibentang depan kau.


: : Tak beli warna coklat ni sebab takde saiz. Saya beli 2 helai warna biru tua dengan maroon (dah pakai masa pergi Tadom Hill Resort & Phuket) : :


: : Yang ni saya beli. Chiffon Crepe. Suka! Sayang nak pakai so sampai sudah tak berpakai. Simpan raya lah kot hehe : :

Selesai pusing belah atas, turun belah bawah pulak. Pasar basah.
Selalu kan tengok dalam gambar/tv je, yang peniaga semua perempuan.
Baya mak-mak, nenek-nenek kita. Ni dapat lah tengok depan mata.
Kat sini saya beli cendawan kukur. RM10 banyak gila kot dapat!
Dapat la beberapa kali saya masak cendawan kukur lemak.
Encik Z dengan Yaya kemain suka. Eh saya pun suka jugak! Heeee…


: : Tobat tak mau beli dan makan dah telur penyu. Kesian penyu sob sob : :