Kota Bharu, Kelantan : Nasi Ulam Cikgu & Tambatan diRaja

Lunch di hari terakhir ini ialah di Restoran Nasi Ulam Cikgu.
Ni pun salah satu list yang dah bagitau kat AJ, wajib nak try sebab dah diperkatakan seantero warga internet. Warga internet? Suka hati je bagi terma hiks.
Sebab namanya nasi ulam, saya dok bayangkan nasi ulam yang Mama selalu buat bila bulan puasa tu, rupanya idoklah nasi ulam gitu.
Nasi putih, lauk pauk dan ulam-ulaman. Rasanya win tang ulam-ulaman tu la sebab banyak gila kot jenis ulam kat sini.


: : Beratur dan pilih lah lauk kegemaran : :


: : Beraneka ulam : :

: :  Beraneka minuman : :


: : Order sirap selasih satu jug. Eh ke 2 jug ntah : :

Untuk penggemar nasi campur, memang direkemenlah Nasi Ulam Cikgu ni sebab memang macam-macam jenis masakan ada ha.
Taste wise ok lah, menepati citarasa. Orang memang meramai tapi don’t worry sebab restorannya besar memanjang sampai ke belakang.

Sebelum gerak ke airport ajak AJ singgah kat Menara Tinjau Tambatan D’ Raja.
Ni pun ala-ala landmark terkenal kat Kota Bharu ni. Tapi yang lain malas nak turun panas-panas gitu. Jalan dengan Normaya, memang seboleh-boleh Normaya nak singgah bergambar kat tempat-tempat menarik kat satu-satu tempat tu. So bertabahlah semua ya.

Ingat nak la naik atas menara tu. Tapi pintu masuknya dah dikunci dan diseal seperti dibawah. Saya pun macam keliru sebenarnya. Adakah kedai dibawah ini macam laluan utama untuk ke atas? So bila kedai ni dah diseal, orang ramai pun tak boleh nak naik ke atas sebab akses utama kena lalu kedai ini dulu? Mungkinkah begitu?
Frust ah tak boleh naik atas lalu bergambar je la kat belah bawah.


: : Daun pokok ni bergoyang lain maciam. I is seram : :

Sampai kat kereta mengadu la pada AJ. Pening kepala dia.
“Susah betul bawak Neelofa jalan-jalan Kelantan ni” katanya.
Baru perasan aah la, saya pakai shawl Naelofar. Terus fefeeling Neelofa balik kampung.
Hiks.