Kota Bharu, Kelantan : Selamat Tinggal KB!

Sampai kat airport awal jugaklah. Dalam pukul 1 lebih camtu.
Lepas check in dan drop luggage dan solat, pusing-pusing dalam tu je la.
Luggage biru ni rasanya maksimum boleh dalam 30kg kot.


: : Boleh asah skill baca jawi kalau pergi pantai timur ni : :


: : Lepak pekena iced latte : :


: : Dan sandwich : :

: : Sampai masa boarding : :

Dalam flight sentap sikit sebab seat yang tiga tu, Encik Z terpelanting seberang sana.
Nasib baik Kak Gee pantas terus offer tukar seat hehe. Baiknyaaaa Kak Gee kan kan.
Normaya je mengada lebih walhal duduk je lah, bukan jauh pun KB pergi KL. Lulz.


: : Dapatlah minum : :


: : Kesian Kak Gee beg ia pecah : :

Kalau masa datang hari tu naik kat Subang, balik ni turun kat KLIA.
Abang Mohd Noor ajak naik bas je demi penjimatan berganda. Baiklah bang.
Sampai kat KL Sentral, Abang Mohd Noor pergi tegur driver bas itu.
Kitorang saja je la tunggu. Rupanya kawan sekolah lama ia.

Ole-ole yang dibeli….


: : Kemeja tu beli kat Giordano KB Mall. Blouse batik 2 helai & jubah crepe beli kat Pasar Besar Siti Khadijah : :


: : Charcoal nak putihkan gigi hehe : :

: : Tiffin. Yang kecik bagi Kak Zila. Yang besar bagi Mama. Blouse Yaya 2 helai. Semua beli kat Rantau Panjang : :

: : Keropok dan segala jenis mee/bihun. Pun dari Rantau Panjang : :

: : Tom yam paste, kekacang dan serbuk pepper. Pun jua Rantau Panjang mari : :

: : Seluar askar Yaya dan sports bra saya. Dari Night Market Sungai Ko-lok : :

: : Ikan bilis, cendawan kukur dan belacan. Pasar Besar Siti Khadijah : :

: : Gelembung Buaya. Asam masam manis tu dapat free masa shopping barangan kat Rantau Panjang : :

: : Serunding dan dodol. Orang kirim : :

Kesimpulannya? Kota Bharu dan makanannya best!
Terasa rasa kat tekak Teh Ais Madu tu. Ha dan Kopi Ais kat Kopitiam kita.
Kalau ada rezeki memang nak sangat repeat lagi.
So, Kuala Terengganu & Kota Bharu dah boleh checked off dari bucket list Normaya!
Hiks.
Terima kasih Kota Bharu!
Nah video pendek yang saya sempat compilekan.
Thank you for reading korang!