Baling, Kedah

EDITED : Rentak konon. Rentak tahi kucing! Haha..
Berapa lama dah entry bawah ni terdampar. Dah edit lebih kurang, nah kita post lah.

Dah dapat rentak sikit konon (refer entry sebelum ni). Rentak la sangat sampai 3 bulan tak de entry nya hehe. Ntahlah, tak tau nak bagi alasan apa dah kat korang yang masih setia menunggu entry terbaru kat sini.

OK kita sambung. Kat Baling ni I stay kat Hotel Bayu. Ni je hotel yang ok yang I jumpa dalam internet. RM117 1 malam, bilik untuk 3 orang.

: : View dari bilik : :

Bilik tingkat 3, takde tangga. Mengah jugak la memanjat. Dalam bilik macam pelik sikit sebab ada tiang kat tengah. TV kecik, jauh terlekat di dinding. Wayar peti ais tak dipasang. Aircond tak kuat. Paling tak boleh terima, alas kaki ada dalam bilik air, basah. Toilet tissue tu basah, tempat sabun berbau. Pendek katanya I tak rekemenlah hotel ni.


: : Malam tu keluarga pengantin lelaki jemput datang rumah untuk makan malam. Rezeki jangan ditolak : :

Esoknya dah berjanji whatsapp keluarga besar semua, nak gerak together-gether, berkumpul kat Ahsana Homestay Baling. Separuh family stay kat sini, separuh lagi kat Hotel Bayu tadi.  Selesa nampaknya Ahsana Homestay ni. Bestnya kan kalau ada tanah kat kampung, pastu buat homestay camni.

: : Sebahagian dari keluarga belah arwah Abah : :

: : 2 pupu  : :

Auntie Rozie, mak Ayin, tak dapat datang majlis ni sebab masalah kesihatan, jadi Mama lah wakilkan duduk di meja pengantin.

Dalam banyak-banyak hidangan, hidangan temu kunci ni yang paling menarik perhatian I. First time makan. Rasa rangup-rangup gitu. Sedap.

: : Kreatifnya! : :

Seperti caption di atas, kereta Saga Zalmi rosak. Suruh Adil gerak dulu bawak Mama & Yaya. I dengan Zalmi tunggu kat rumah pengantin kejap. Lepas tu bawak kereta pergi workshop. Sempat I ronda jalan kat Billion. Dalam 3 jam jugak la menunggu. Masa ni dah pasrah dah mokata kereta tak dapat siap, kena la kitorang bermalam lagi 1 malam. 

Tapi alhamdulillah, dapat siap baiki. Terima kasih banyak-banyak pada sepupu Fahmi, Hazim yang berulang alik ambik kitorang dan tolong cari kan workshop semua. Baru kenal tapi rasa macam dah mesra sangat. 

Kami dinner di Black Sup Gearbox.

Sebelah dengan tempat makan ni ada jual chapati. I pernah tengok dalam Facebook senior Politeknik Port Dickson I, Kak Ayu. Dia pernah makan kat sini. I bukan peminat chapati tapi chapati Kak Sham ni sedap, lembut je. Makan pulak dengan kari. Dap dap. Korang kalau ke Baling sila lah ye..