Sandal Raya Tak Jadi

yaya memakai selipar baru yang dibeli di strawberry farm genting highlands.
tak percaya genting highlands ada strawberry farm?
percayalah. nanti aku cerita noooo…

aku plak pakai sandal hush puppies yang baru.
beli kat the mall selepas diskaun RM80.
tapi tapi tapi..
niat asal nak jadikan sandal ni sandal raya.
hebat tak aku persediaan awal raya?
tapi tapi tapi…

terpaksa dah rasmikan masa pergi pustaka peringatan p ramlee.
kekdahnya sandal pink sembonia aku tu sudah koyak di belah kiri.
gara gara main kekejar sesembunyi dengan yaya kat memorial tunku abdul rahman.

oleh sebab dah terpakai sandal yang untuk raya nie, terpaksalah aku beli sandal raya lain kot ek?
ceyyy macam budak budak eh asal raya je semua nak baru.
tapi aku memang dah aim satu sandal carlo rino ni.
warna gold / coklat. dalam RM90 kot harganya.
rasa nak beli lah kot 😀