Category: Kaklong

Borak Kosong Dengan Kaklong

masih cerita di hari raya ke lima.
lepas urusan ASD segala, balik rumah, aku dok ngadap lappy.
kaklong pun datang joint sekaki.

dok borak-borak cerita pasal blog segala.
tak cukup masa, stop kejap. sebelah malam, lepas budak 2 orang tu tidur, kami sambung lagi ngadap lappy.

terpaksa la aku dig balik entry lama.
pasal kes lalat-lalat segala. kes anonymous. kes isteri kesayangan suami. semua habis aku cerita kat kaklong.
seperti biasa, knowing kakak aku yang very the hati lembut itu, cam suh sabar sabarr je la…

DSCN9069

: : kredit to yaya yang tolong snap gambar ini.  tanpa disuruh-suruh ok? : :

ujung-ujung kaklong suruh aku create blog untuk dia.
katanya mau letak gambar hotel yang indah-indah yang penah dia stay. katanya tak dapat jadi interior designer, dapat duk hotel yang lawa-lawa pun kira ok.

dedulu kaklong adalah bercita-cita mau jadi interior designer.
sayang hajat tak kesampaian.
ye la, dalam dunia ni… bukan semua benda kita nak, kita akan dapat. ye tak?

aku pun kata ok la nak create kan blog untuk dia.
suh la dia kasik gambar segala nanti.
tapi disuruhnya aku lak yang upload segala gambar.
suh aku yang maintainkan blog tu untuk dia.
apakaaaa??? ko jangan gila-gila kaklong…

blog aku yang sedia ada ni pun peluh-peluh mau maintain ok.
heh!