Category: Kaklong

Interview Rayani Air

3 Mac 2016. Birthday Balqis yang ke 5 tahun.
Pejam celik pejam celik dah 5 tahun dah ha anak sedara saya sorang ni.
Memang saya niat nak belanja ia kek, so 5 Mac tu siap siaplah nak ke LEP.

Pagi breakfast dulu kat Oldtown CIMB depan Sogo.
Saya kalau breakfast memang suka ambik bihun goreng tomyam ni. Sedap.
Try teh ais tapi macam tak berapa umphh la huhu.

Encik Z terserempak dengan kawan UiTM Dungunnya.
Yang kelakar memula depa dok berpandang pandang, pastu baru cam ‘Eh macam kenal la’
Aah macam kenal tapi masing masing tak ingat nama wakakaka.
Tapi orang lelaki ni tak kisah sangat kan.
Kalau orang perempuan ni yang macam sombong kekwat sikit nak menegur, lagi lagi kalau tak ingat nama, lagi tak koser nak tegur kan hihi.


: : Ada sesiapa readers saya yang kenal kawan Encik Z ini? : :

Dari Oldtown tak terus ke LEP, tapi pegi ke KLIA2 dulu.
No no no, bukan nak fly. Tapi nak bagi sokongan pada Kaklong untuk attend interview Rayani Air.
Kontrak Kaklong dengan MAS watamat Julai ni.
Tapi renew ke tidak masih lagi samar bayangan.
So saja la try test gi interview Rayani Air ni.


: : Punya la ramai yang ingin mencuba nasib. Lebih 2ribu kot! Pukul 10.45 dah closed. Kaklong tak sempat interview pun sob sob : :


: : Kaklong dah pandai selfie. Kelas tak kakak saya sekarang? : :

Oleh kerana tak dapat lolos masuk untuk interview, jadi terus je la pegi food court.
Kaklong melapau tak makan lagi.
Kat food court tengok ada orang shooting drama.
Belek belek tengok ada Fezrol Khan. Shooting drama Cinta 100 Kg yang main petang hari Sabtu Ahad kat TV3 tu.

Oh pasal interview Rayani Air tu kan, ramai yang tak puas hati ek.
Ramai komplen memacam. Ada saya up status kat Facebook.


: : Yaya whatsapp gambar ni. Katanya nak pegi kenduri. Kenapa kotor nau cermin tu Yaya? Sila lap pliss : :


: : Saya pun membalas dengan gambar ini. Selfie di dalam toilet kekdahnya : :


: : Sampai sampai parking tengok, aduhh tayar pancit lah pulak : :


: : Paku ini lah punca durjananya : :


: : Berhempas pulas la Encik Z nak tukar tayar : :

Dalam sejam jugak laa nak setelkan tukar tayar ni.
Pastu terus gerak gerak khas nak jumpa 3 ketul anak saudara saya yang dah excited nak jumpa omak saudaranya ini haaa..