#NormayaTurns39 – Ibu & Mommy

Dari Putrajaya bergegas pergi AEON Equine.
Tapau KFC dengan beli kek. Dah janji dengan anak-anak nak makan-makan celebrate birthday Ibu & Mommy kat rumah.
Sian diorang tunggu lama sebab hujan lebat, orang pun boleh tahan meramai, so Mommy dengan Ayah terlewat sikit.

: : Birthday Ibu 17 Januari 1977. Birthday Mommy 19 Januari 1979 : :


: :  Nak pass kan hadiah pada Kaklong. Anak-anak semua dah start membawang dahhh : :


: : Ada 3 hadiah semuanya. Semua pun bertajuk dUCk. Hiks : :


: : Caca & Qis dah start membawang : :


: : Tudia Ibu dah siap sarung instant shawl dah. Sambil Mommy nak tunjukkan beg scarf itu : :

Selamat Hari Lahir the one and only my Kakak.
Also known as Kaklong and Ibu.
Semoga yang baik-baik melimpahi hidupmu Kaklong.
Love you so much….

Interview Rayani Air

3 Mac 2016. Birthday Balqis yang ke 5 tahun.
Pejam celik pejam celik dah 5 tahun dah ha anak sedara saya sorang ni.
Memang saya niat nak belanja ia kek, so 5 Mac tu siap siaplah nak ke LEP.

Pagi breakfast dulu kat Oldtown CIMB depan Sogo.
Saya kalau breakfast memang suka ambik bihun goreng tomyam ni. Sedap.
Try teh ais tapi macam tak berapa umphh la huhu.

Encik Z terserempak dengan kawan UiTM Dungunnya.
Yang kelakar memula depa dok berpandang pandang, pastu baru cam ‘Eh macam kenal la’
Aah macam kenal tapi masing masing tak ingat nama wakakaka.
Tapi orang lelaki ni tak kisah sangat kan.
Kalau orang perempuan ni yang macam sombong kekwat sikit nak menegur, lagi lagi kalau tak ingat nama, lagi tak koser nak tegur kan hihi.


: : Ada sesiapa readers saya yang kenal kawan Encik Z ini? : :

Dari Oldtown tak terus ke LEP, tapi pegi ke KLIA2 dulu.
No no no, bukan nak fly. Tapi nak bagi sokongan pada Kaklong untuk attend interview Rayani Air.
Kontrak Kaklong dengan MAS watamat Julai ni.
Tapi renew ke tidak masih lagi samar bayangan.
So saja la try test gi interview Rayani Air ni.


: : Punya la ramai yang ingin mencuba nasib. Lebih 2ribu kot! Pukul 10.45 dah closed. Kaklong tak sempat interview pun sob sob : :


: : Kaklong dah pandai selfie. Kelas tak kakak saya sekarang? : :

Oleh kerana tak dapat lolos masuk untuk interview, jadi terus je la pegi food court.
Kaklong melapau tak makan lagi.
Kat food court tengok ada orang shooting drama.
Belek belek tengok ada Fezrol Khan. Shooting drama Cinta 100 Kg yang main petang hari Sabtu Ahad kat TV3 tu.

Oh pasal interview Rayani Air tu kan, ramai yang tak puas hati ek.
Ramai komplen memacam. Ada saya up status kat Facebook.


: : Yaya whatsapp gambar ni. Katanya nak pegi kenduri. Kenapa kotor nau cermin tu Yaya? Sila lap pliss : :


: : Saya pun membalas dengan gambar ini. Selfie di dalam toilet kekdahnya : :


: : Sampai sampai parking tengok, aduhh tayar pancit lah pulak : :


: : Paku ini lah punca durjananya : :


: : Berhempas pulas la Encik Z nak tukar tayar : :

Dalam sejam jugak laa nak setelkan tukar tayar ni.
Pastu terus gerak gerak khas nak jumpa 3 ketul anak saudara saya yang dah excited nak jumpa omak saudaranya ini haaa..