Ada Apa Dengan Mesir

Alhamdulillah, selepas 27 entry, sampailah kita ke entry yang terakhir travelogue Mesir.
Sejujurnya sebelum Ernie ke Mesir, saya memang tak banyak pengetahuan tentang Mesir ni.
Dan kalau tak sebab Ernie kat sana, saya tak rasa saya akan rancang untuk ke sana.

Selepas 8 hari melihat sendiri keindahan bumi Anbiya ini, saya pula merasa kesal sebab tak pernah masukkan Mesir di dalam senarai tempat yang akan saya kunjungi lebih awal lagi.
Mesir istimewa dengan caranya yang tersendiri.
Jika berpeluang, saya ingin ke sana lagi.



: : Bawalah USD dan tukar lah ke EGP di Mesir. Note yang sama tapi berbeza rupa : :



: : Tempat beradu saya dan Encik Z selama di Mesir : :

Untuk Ernie Zuraida dan Mohd Fadlie Shah sekeluarga, terima kasih banyak-banyak atas layanan dan bantuan yang diberikan sepanjang saya dan Zalmi di menumpang teduh di rumah kalian.
Hanya Allah SWT saja yang boleh membalas jasa korang berdua.
Saya doakan korang dilimpahkan rezeki berlipatganda, dipermudahkan segala dan urusan dan semoga persahabatan kita kekal sampai syurga.

Kita tak elok ceritakan pasal mimpi pada orang kan?
Tapi yang ni nak jugak cerita kat korang.
Masa kat sana saya ada bermimpi yang saya bercerai dengan Encik Z.
Saya yang gegila sangat la nak cerai.

Lepas cerai tu konon ok la, tapi bila dapat tau Encik Z dah ada girlfriend dan nak nikah, terus saya meroyan-royan.
Terngiang-ngiang pulak rasa Kaklong marah saya ‘Hari tu degil sangat nak cerai, ni Zalmi dah ada orang lain nak mengamuk ngamuk pulak. Kakngah ni kenapa??’

Rasa kan, perasaan tu.. hati tu macam pecah berkeping keping jadinya.
Bila terjaga dari tidur, tengok Encik Z kat sebelah terus peluk kuat-kuat nangis.
Terus la cerita dengan ia.
Dengan muka kekwatnya ‘Haa.. elok-elok sikit perangai tu. Kita kat bumi Anbiya’ ni’
Heeee.. Terus saya jadi baik. Tapi kejap je la baiknya.
Balik Malaysia terus buat perangai lagi hihi.

Actually banyak video saya rakam tapi tak muat nak letak semua sebab bila upload kat Youtube dalam 30 minit tu manjang error.
So saya pilih-pilih je la video. Dapat la dalam 18 minit.
Audio macam biasa, kalau tak memuaskan harap dimaafkan ya.

Terima kasih korang yang sudi follow cerita Mesir saya niĀ  berminggu-minggu lamanya!
Korang memang ohsem.
Kalau ada apa-apa soalan boleh drop komen atau email ya.

Nak ke Mesir dan berminat guna khidmat Fadzil?
Boleh inbox beliau kat Facebook. PenCak Fadzil.
Gambar profile orang tengah bersilat berlatarbelakangkan 3 Piramid.
Haaa dia tu la.
Tak pun boleh DM kat instagram ia @pencak.fadzil

Berapa saya habis kat Mesir?
Takde breakdown sebab saya memang tak tulis pun berapa perbelanjaan sebab malas. Hehe.

Saya tukar 12k dari Malaysia.
Tolak duit flight RM5300.
Balance RM6700. RM1600 saya bayar upah pada Fadzil yang bawak kami jalan-jalan.
Sampai KL kira-kira ada balance RM1770.
So total saya spent untuk entrance fees, shopping dan makan-makan dalam RM3300.
Jimat banyak kat accommodation dan makan la.
Sah-sah bertumpang tangga kat rumah Ernie kann.

Terima kasih, Mesir di atas segalanya!
Kau akan ku rindu!

Nil itu menjadi kering oleh Mesirku yang mulai berubah
Duhai Mesirku, aku ingin tetap mengalirimu dengan kesejukkan ku
Namun kian ku sadari, aku semakin tak mampu menghijaukan gurun yang bertambah tandus
Walau hanya sekadar memberi setetes kehidupan dengan rasa hatiku
Namun hanya fatamorgana yang dapat ku berikan.

Berani hidup berarti Berani mencintai
Berani mencintai berarti Berani merelakan.
Kerana antara cinta dan keinginan untuk memiliki adalah sesuatu yang tidak sama.

Andai Nil dapat mengaliri Mesir, akan tercipta kehidupan baru
Dan peradaban yang sangat maju.
Namun, Nil telah terganti dengan laut mati…..