Category: Jalan-Jalan Cari Makan

Sebelum Pergi Hong Kong

Random cerita ceriti sebelum pergi Hong Kong ya.
Keluar ke Sogo sebab nak cari kasut Encik Z & Yaya.
Singgah makan kat NY Steak Shack.
First time saya makan kat sini.


: : Suka tengok yang Choose Your Doneness Level tu : :

Adik waitress tu kata ada sekali tu mat salleh datang makan mintak Blue Rare.
Adik tu pun takut tengok, merah daging mentah tu kak hehe.


: : Saya dengan Yaya ambik set. So dapat drinks sekali : :


: : Yaya ambik Lamb Chop, Medium : :


: : Saya ambik Striploin Steak, Medium Rare : :


: : Encik Z kemain makan salad je. Chicken salad : :

Boleh lah direpeat bila sesekali teringin steak.
Sebab bagi saya memang sedap.


: : Jalan kat Bath & Bodyworks, nampak candle Salted Caramel. Dah macam kek dah ha! Nanti later-later nak try lah : :


: : Pergi BATA kat Jalan TAR tu tapi kasut yang Yaya berkenan takde saizlah pulak : :

Tengah bergegas nak ke BATA KLCC pulak, sekonyong-konyong terdengar suara orang panggil ‘Normaya!’
Memula macam malas nak toleh tapi tertoleh jugak haha.
Nasib baik toleh, Ernie Zuraida sekeluarga rupanya.
Dok plan nak jumpa tak jumpa-jumpa sejak dia balik dari Mesir, tup-tup tak plan terserempak pulak kat Sogo ha.


: : Besar dah ha dedua. Dulu kecik molek cenonit : :

Sembang lebih kurang, mintak diri dan kami terus ke Suria KLCC.
Nasib lah dedua kasut depa ada saiz dan berkenan di hati, so terus je beli kat sini.
Kasut sukan Yaya yang lama tu dah ketat dah.


: : Ada sales barangan Naelofar kat Isetan : :


: : Alang-alang terus je la beli groceries kat sini : :


: : Dinner saya. Sedapnyeeeeee : :

28 November hantar Yaya kat Sasana Kijang.
Saya enroll kan dia untuk program Basic Sign Language Workshop.
Belajar bahasa tangan orang bisu/pekak.
Saya boleh buat sign dari A sampai Z tau.
Kekdahnya dulu sekolah rendah saya SK(P) Bandar Tinggi, Johor Bahru tu sebelah sekolah khas cacat pendengaran.
Tu yang berkawan-kawan lalu belajarlah yang basic.

Hari yang sama saya half day petang.
Sebabnya nak pergi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Nak hantar permohonan pertukaran sekolah Yaya.
InsyaAllah tahun 2018 Yaya akan tinggal dengan saya dan akan bersekolah di KL.

Saya mohon sekolah Convent Bukit Nanas dan sebab tulah kena ke JPWP, sebab pilihan penempatan pelajar akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
Kalau sekolah biasa yang bukan sekolah kawalan, kena pergi sama ada yang kat Bangsar Pudu, Keramat atau Sentul, ikut sekolah mana yang dipilih.

Pilihan kedua saya letak Methodist Girl School dekat Jalan Cenderasari.
Harap sangkutlah mana-mana satu.
Mokata tak sangkut, saya try Convent Sentul lah.
Ikutkan itulah perancangannya.
Semoga dipermudahkan. Amin amin amin.

Lepas tu terus pergi SPM untuk lunch dan lepak-lepak sementara tunggu Encik Z habis kerja.
Kami makan kat Boat Noodle.
Boat Noodle dah ada penambahbaikan sekarang.
Dah ada Tom Yum Noodle dengan Dry Noodle.
Dulu Rice Noodle dengan Egg Noodle je, sekarang dah ada Mee Hoon.

Pastu dah ada Toppings jugak.
Dah macam aiskrim pulak kann.
Ada Fried Manton Skin, Fried Chicken Skin, Half Boiled Egg, Fried Chicken Meatballs dan Bean Sprout.
Taugeh tu kena tambah RM2 macam nak nangis jugak la sebab kalau kau beli kat pasar RM2 tu banyak dapatnya kann.


: : Pad Thai pun ada ha : :


: : Saya try Mee Hoon Tomyam dengan Dry Noodle. Tomyam tu ok tapi Dry Noodle cannot go lah. So so dry huhu : :


: : Saya rasa saya dah tak sawan dUCk dah. Saya sawan produk Naelofar pulak dah. Tapi ok la, lebih mampu milik. Kan? : :