Category: Jalan-Jalan Cari Makan

Ber Pau di Yik Mun Tanjong Malim

balik dari taiping hari tu, kitorang exit kat tanjong malim.
bersempena mau makan pau di restoran yik mun.
plan nak makan ni dah lama, tapi tu la timing asyik tak kena.
sebab selalu pun kalau dari taiping nak balik KL mesti tetengah malam.
kalau dari KL pun tetengah malam jugak.
hari tu lepas wedding noorium terus je gerak balik KL.
so memang ada masa la nak menyinggah.
memula tu cam sesat sikit, tapi bila dah tanya orang terus jumpa.
dah lusuh dah aku tengok banner yik mun ni. tak mau tukar ke eh?
image kena jaga bai..

: : menu : :

: : pau pau : :

: : nak beli kopi pun boleh : :

: : menunggu order : :
masa aku sampai tu manusia boleh tahan meramai.
so tunggu lah kejap orang amik order tapi cam melambat kot.
jadi seperti kebiasaan, aku tulis sesiap semua order kat kertas, pastu bagi kat staff situ.
so to be honest, memang agak slow lah servis nya.
oh yer, selain dari pau yang famous di sini, ada jugak makanan lain yang kau boleh order.
kira takde la cam pau semata.

: : white coffee panas dan sejuk + air epal : :
aku nak order roti kahwin ni tapi habis lah plak.
nampak cam sedap.
dah la nama roti kahwin.
selalu kan bab bab kahwin ni mesti sedap kan.. :-p

: : pau kaya dan pau daging : :

: : pau daging. seketul RM2 : :
ok memang sedap pau ni.
patutlah famous.
pau dia lembut dan gebu.
up plak dengan daging yang menjadi favourite aku zaman berzaman.
memang (Y) lah!
: : mama dengan yaya share mee kari : :

: : aku dengan encik z share mee hainam : :
dua dua pun adalah sedap dan boleh diterima di tekak.
cumanya harga makanan kat sini boleh tahan mahal jugak eh.
tapi sekali sekala, zasss je la kan.
korang yang teringin nak pergi, boleh la nanti pergi ya.
dekat je pun dari exit highway tu.
nah amik alamat nih.
6043 Jalan Slim River
35900 Tanjung Malim
Perak Malaysia
kalau sesat, call je mintak direction 054596006
kalau ada GPS, hah set koordinat GPS ni.
N 3 41.41601 E 101 31.43399
selamat berpau pau ya!
enjoice!!