Ipoh, Perak : Noor Jahan Bakery & Laksa Telur Bersarang

Seterusnya, sebelum gerak balik KL, nak makan petang dulu kat Laksa Telur Goreng Bersarang. Tapi nak singgah dulu beli roti kat Noor Jahan Bakery. Saya baca dalam internet kata ni tempat buat roti secara olskul.


: : Macam-macam jenis roti ada : :


: : Donat 80 sen : :


: : Biskut kelapa : :


: : Kek birthday pun olskul : :


: : Yang dibeli : :

Nak kata sedap sangat tu tak la jugak kot? Ke memang rasa roti olskul macam ni? Huhu.
Boleh la dimakan tapi mokata nak beli lagi kalau ke Ipoh, hmm tak la kot.

Meneruskan perjalanan ke Laksa Telur Goreng Bersarang atau Kafe Setinggan. Lokasi tempat ni memang dah ke arah nak balik KL, so sokaylah nak singgah. Kalau kena pusing patah balik rasanya tak pergi la kot. Dan kedudukan lokasi ni dalam kawasan perumahan. Kena waze. Kalau tak, mau sesat barat.  Alhamdulillah masa kitorang sampai q tak panjang sangat. Dan table pun ada kosong. Sini self service. So cepat-cepat beratur dan terus order.


: : Tudung pun dah senget-senget ha Normaya : :

Saya suka la laksa telur bersarang ni! Taktau la kot berat sebelah ke apa sebab saya memang hantu laksa. Eh tapi tak jugak. Laksa kalau ikan sardin I cannot. So kalau kata pergi Ipoh nak repeat laksa telur bersarang ni boleh je la.

Lepas makan terus lah nak gerak balik KL. Boleh pulak lampu kereta terpadam sebelah huhu. Pepelan bawak, alhamdulillah selamat sampai rumah. Itulah dia kisah JJCM Ipoh saya, sempena DGJC Family Day kat MAPS. TQ for reading! Muahs..

Ipoh, Perak : Taman Rekreasi Gunung Lang

Seterusnya… kami ke Taman Rekrreasi Gunung Lang. Tau tentang tempat ni pun dari google jugak lah. Nampak cantik nampak lawa je. Dan bila sampai memang lawa.

: : Asalnya bekas lombong : :


: : Harga untuk naik bot ke seberang : :


: : Kesian budak ni tak reti kayuh basikal : :

Happening jugaklah seberang sana tu.  Boleh kayuh basikal, boleh jalan menikmati pemandangan. Ada haiwan-haiwan, nak bergambar, nak bagi makan ikan, nak lepak-lepak. Bawak budak-budak seronok ni. Kitorang sewa basikal yang boleh naik 3 orang. Tapi punya huru hara nak balance kan. Kesian Encik Z hehe. Tu dalam gambar memula Yaya kat tengah, tapi macam tak balance, so saya pulak pindah ke tengah.

Ada sekali tu saya try kayuh sensorang. Ada Encik Z video kan. Saya ada share kat igstory. Ada yang dah tengok kot? Kat blog ni semakin lama semakin lambat nak update. So korang yang rajin baca blog saya ni pergi la follow saya kat Instagram sana. Situ memang saya rajin update igstory. Tapi nak follow tu pakai la nama betul. Tak yah la nak create fake account bagai. Kita open and honest communication je la. Bukan zaman budak-budak nak ejek-ejek stalker bagai dah. I ok je sesiapa nak follow janji account betul. Ok?

Kitorang pusing satu kawasan tu, bila nampak tempat cantik, stop lah bergambar. Bila nampak haiwan, stop jugaklah bagi salam dan bergambar.


: : Watimo landok : :

Ntahlah tak tau sampai bila Yaya rajin nak melayan Mommy nya bergambar camni. Kecik-kecik dulu yer la kan ‘Haa diri sini Mommy ambik gambar’. Tapi so far Yaya masih mengikut perintah la. Taktau sebab nak ada koleksi gambar sendiri atau takut Mommy garang haha.


: : Pandai pulak diorang ni tengok kamera ya : :


: : Belakang tu rumah tradisional. Tapi kami tak masuk : :


: : Ikan malu-malu nak timbul. Last-last food ikan tu Yaya tinggal je kat pondok : :

Kesimpulannya, kalau korang ke Ipoh, sila lah ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni. Highly recommended 🙂