Hilang. Ghaib. Lesap

nak baca cerita sedih tak?
kekdahnya hari khamis saya cuba nak transfer video dato’ siti nurhaliza nyanyi lagu ketika cinta yang saya record masa pelancaran simplysiti argan tu.
saya nak transfer direct dari ipad ke youtube.
tapi idok ler lepas-lepas.
selalu ok je.
so takpe.
ingat balik tu nak cucuk cable kat pc je lah.
pagi jumaat lepas sahur tu saya pun cucuk lah ipad ke pc.
ntah apa saya tekan saya godek, tup tup bila cabut cable tengok tengok seperti di bawah.
20130726-092456.jpg
tak ke cuak kau dibuatnya?
rerupanya saya tak pernah synch ipad tu dengan pc.
memang sejak beli tak penah cucuk ke pc pun.
tah cemana dia automatic restored.
tak tanya apa terus je restored dan taraaa hilang lah segala galanya di dalam itu.
selalu saya ni mana la reti nak buat benda ni semua.
memang encik z yang buatkan.
taktau apa buang tebiat pagi tu tak menyabau terus buat sendiri.
so terima lah akibatnya.
gambar dan video yang pernah disnap semua gone with the wind.
syabbas normaya…
syabbas……
sedih tak cerita ni?
:-S