Semarang : Telaga Warna

Seterusnya, kami dibawa ke Telaga Warna @ Telogo Warno. Telaga warna ni antara tempat wisata  yang terkenal di Dieng Plateu ni. Kira wajibulghunnah la kiranya untuk dilawati.  Ada cerita jadi kat sini. Lepas bergambar seperti di bawah, teruslah I dan Masy ke kaunter nak beli tiket masuk. I terus je lah kata ‘2 orang’. Setiba-tiba ada sorang mamat ni, terus terjah dari tepi kaunter ‘Ibu dari Malaysia, ya’. I dah macam tergagap-gagap nak jawab. Budak penjual tiket tu menunggu sambil usha garing. I nak menipu, tapi I ketakutan. Masy dah keras kat tepi. Pastu I angguk je la. Terus budak kaunter tiket tu berkata ‘Iya kalau dari Malaysia harganya beda, Bu’.  Aserehe betui lah. Walhal tiket untuk local dah di tangan ni tau. Sudahnya dari RP6,500, kitorang kena bayar dekat RP100,000 sorang. Eeeee mamat ni kan.

Dah settled kat kaunter tu, mamat tu approach lagi, nak tak dia bawak jalan pusing-pusing kat seluruh Dieng Plateu ni, dia boleh jadi photographer jugak. Lepas bincang dengan Masy, ya ok lah. Tak silap kitorang bayar dia dalam RP150,000. Lupa sudah. Elok masuk je dalam kawasan Telaga Warna ni, apa lagi.. I carutslah dia. Caruts manja ye. Rasa bersalah dia. Kesian tengok muka dia terkulat-kulat kena caruts dengan I eheheh. Dan gamak demi mengatasi rasa bersalah itu, kemain 5 star layanan ia kepada kami. Explain details apa semua pasal Telaga Warna ni. Dan snap gambar cantik-cantik. Terus I lembut hati.  Nama ia ialah Pak Slamet.


: : Tiket local yang sudah ditangan &*@&#(#))@*&^(!__ . Kalau bukan rezeki, buat cemana pun tetap bukan rezeki kan : :

Telaga Warna ni dipanggil telaga warna sebab warna tasik ni boleh berubah-ubah mengikut cuaca disebabkan kandungan sulfur yang banyak. Kalau ada cahaya matahari ia boleh jadi warna kekuningan, kalau cuaca mendung, kehijauan. Kalau cuaca redup, kebiruan. Begitulah.  Di kelilingi pula dengan pokok-pokok dan tanah tinggi yang membuatkan keadaan rasa redup je. Boleh tahan besar jugak tau keluasan tempat ni. Jadi marilah kita pelan-pelan jalan sambil berfoto.

: : Buskers : :


: : Sejenis kekreatifan barangkali : :


: : Di sebalik tabirnya begini ya : :


: : Tak plan pun nak jengket kaki camtu. Sehati sejiwa sangat kami kan : :


: : Gitu pokok berfalsafah : :


: : Sejenis kuih muih bernama Pukis : :


: : Sejenis kekreatifan Pak Slamet : :


: : Kena paksa dengan Pak Slamet buat post ceni : :


: : Telaga warna yang cantik : :


: : Banyak patung-patung begini dalam ni : :


: : Selain patung, terdapat juga gua di dalam kawasan Telaga Warna ini : :


: : Goa Sumur Eyang Kumalasari. Mungkinkah adik beradik Noor Kumalasari? OK tak kelakar : :


: : Ini pula Goa Pengantin. Tapi jangan percaya apa-apa ya : :

Terdapat satu spot yang menjadi tumpuan untuk bergambar. Kena paksa bergambar berpuluh-puluh kali posing oleh Pak Slamet. Kita letaklah beberapa keping ya.

: : Berangin je kat sini. Tengok lawa baju I tu terbang-terbang : :


: : Kasih berbunga lalang. Tiberr : :


: : Kreatif lagi : :


: : Dan lagi : :


: : Marilah kita pulang : :

Kalau ke Dieng Plateu ni, Telaga Warna adalah tempat yang wajib dilawati ok?