Grand Alora Hotel. Gerbang Percutian Hebat di Alor Star!

Assalammualaikum korang,

Siapa yang dah lama baca blog saya mesti tau saya ni kaki jalan.
Suka tidur hotel sana sini. Saya snap gambar dan buat simple review.

Untuk entry kali ni, saya nak share pasal sebuah hotel yang menarik dan best yang boleh korang stay jika berkunjung ke Alor Setar, Kedah.

Tapi, sebelum kita bercerita pasal hotel ni, jom kita tengok sikit tarikan kat Alor Setar ni. Alor Star merupakan ibu negeri bagi negeri Kedah dan terletak di utara Malaysia.
Bandar ini sememangnya popular dalam kalangan pelancong yang ingin lari dari kesibukan kota dan berehat dengan tenang.

Terdapat banyak tarikan yang boleh dilawati sekiranya anda berkunjung ke sini seperti Menara Alor Setar dan Muzium Padi. Disini, korang berpeluang untuk melihat gaya hidup penduduk di bandar ini dan mempelajari latar belakang bandar ini.
Plus, bagi kaki shopping, bandar ini menyediakan pengalaman shopping yang unik bagi korang. Kalau sebelum ni asyik shopping kat mall je, kat sini korang boleh ke Pekan Rabu atau Uptown Stadium Darul Aman yang menjual pelbagai barangan dan cenderahati untuk korang pilih.

Berbalik kepada cerita hotel kita, hotel yang saya pilih kali ini adalah hotel Grand Alora in Alor Star yang sangat terkenal di kalangan local people. Jadi kalau korang ingin ke sini, layarilah traveloka.com untuk membuat tempahan awal!

Hotel Grand Alora ini terletak di Persiaran Mergong dan sangat strategik. Kalau korang tak jumpa hotel ni kat mana, korang just waze je Tesco Alor Setar kerana hotel ini terletak betul-betul berdepan tesco tu. Hotel ini mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan ke Bandar Alor Setar dan merupakan pilihan yang sangat sesuai untuk korang yang ingin merasakan suasana damai dan jauh dari kesibukan kota kerana Mergong ni terkenal dengan hamparan padi yang menghijau.

So, kalau korang stay kat sini, korang akan dapat view pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Hotel ini menyediakan beberapa jenis pilihan bilik, so u have to choose wisely to ensure that bilik yang korang pilih tu sesuai dengan bajet dan keperluan korang. Yelah, dah travel ni, mesti korang taknak overbudget kan.

Ok now, let’s talk about facilities. Apa yang korang kena tahu, hotel ni menyediakan pelbagai facilities untuk korang beriadah bersama family and friends. First of all, diorang ada sediakan gym.
So, for those who rasa nak sihatkan badan sambil bercuti ni, inilah peluang anda. Siapa cakap pergi bercuti tak boleh bersenam kan. Gym di hotel ini mempunyai banyak equipment macam gym ball, treadmill and paling best, korang boleh guna kemudahan ni free je untuk pelanggan hotel sahaja.

Next, hotel ni juga ada menyediakan swimming pools untuk dewasa and kiddos. Pool yang disediakan berkonsepkan open sky outdoor pool, so korang berpeluang tengok pmandangan sambil mandi-manda menyegarkan badan. Dah alang-alang dok hotel ni mestilah korang nak berendam kan. So, korang boleh luangkan quality time together dan main kat pool ni bersama-sama.

Ada jugak disediakan kerusi malas dan payung kalau korang taknak mandi dan just nak berjemur sambil tengok anak-anak mandi dan berehat menenangkan otak. Selain itu, hotel ni juga menyediakan wifi connection untuk setiap biliknya, so, korang dah takyah susah-susah nak on mobile data lagi dah. Apa yang best adalah wifi yang disediakan boleh diconsider laju di bandar Alor Setar ini.

Selain itu, apa yang menarik pasal hotel ni adalah kemudahan untuk korang dapatkan makanan. Basically, hotel ni mempunyai restaurant untuk korang makan je kat sini, tapi, kalau korang nak merasa makanan Kedah, korang boleh berjalan di sekitar hotel ini yang mempunyai pelbagai pilihan kafe dan kedai makan. Selain itu, pada sebelah malam, tempat ni memang happening sebab ada pelbagai stall makanan yang dibuka sampai lewat pagi. So, korang dah takyah nak travel ke bandar untuk dapat makanan-makanan yang best dah.

Jadi, tunggu apa lagi, buat tempahan korang harini dan jom ke Grand Alora!