Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for the ‘Honeymoon’ Category

14 : Bye Bye Hanoi

posted by:

ok hari terakhir di hanoi. bangun awallah dondang. eh awallah pagi.
sebab flight 9.15pagi. dan believe it or not, cuaca masih hujan renyai-renyai.
maksudnya lepas aku sampai kat hanoi, hari pertama belah petang tu dah hujan kan. dan hujan tak reda langsung-langsung. perghhh…

ko nampak mamat receptionist belakang tu?
ada ke dia kata aku curik selipar dalam bilik?
walaupun tak pernah ada pun selipar dalam bilik kitorang tu.
sesedap tekak ko kan mamat? awasss lorrr..
aku ada sandal hush puppies ok. (ini statement berlagak)
apa kes nak curik selipar vietnam ko? heh.

perjalanan dari hotel ke airport kurang lebih 45 minit cenggitu.
tengok… kat hanoi ada petronas. bangga bangga…

nampak tak kat atas nun. 14 darjah celcius.
sejuk tak sejuk?? nak tau korang kena la gi hanoi masa musim winter nie.
rasai sendiri kedinginannya. awww..

huk huk… kuala lumpur, kuala lumpur, calling one. calling twice.

dalam airport nie pun sejuk terlampau uolls.
menggigil kepala lutut. beku medola oblongata hakuu.

very the sistematik tau dorang kat sini.
siap susun barisan ikut nombor seat.
maknanya dia akan lepaskan sapa yang seat belakang dulu.
so takde la ko berasak-asak masa dalam flight nanti.
bukankah bagus begitu?
aku rasa LCCT pun kena buat cenggini lah.
takde la ko berebut macam anak ayam merebut dedak kan…
tetiba anak ayam terlibat dalam ini cerita. cena?

bandar hanoi kami tinggalkan dengan penuh kenangan dan senyuman…
bye bye hanoi…
insyaAllah jika panjang umur dan ada rezeki lebih kami akan kembali :)

dalam flight. harus perut gigil-gigil menahan kelaparan.
so kami makan ini sebagai hidangan brunch kami.
setapppp… ke sebab haku sudah melapar? heh.

sesambil dok berangan menilik laluan perjalanan air asia nih.
aterrr… buat sementara waktu aku mampu naik air asia je lah pong.
dulu naik MAS gi bangkok pun sebab memang kebetulan harganya murah.
kurang lebih air asia. tu yang zasss gak naik MAS. syiokkk..

aku ingat pasni nak gi australia la. tapi jocko kata australia banjir skang.
nak gi london lah. air asia ada gi london kan? hek.
ok bebetul cerita. aku nak gi phnom penh/seam reap.
kalau ada sesapa nak gi sana, roger-roger la.
boleh haku tumpang sekaki.

touched down lcct kul 1.15 tengah hari camtu.
jangan nak berangan pakai jaket segala yer.
harus panazzzz kedaung masa nie. berpeluh keti.
tapi bak kata pepatah, hujan emas di negara orang.
hujan batu di negara sendiri. lebih baik di negara sendiri.
kannnnn…

ok uolls. tamat sudehhh episod percutian honeymoon aku ke hanoi itu.
next entry aku akan tulis berapa harga tiket, information tour package, hotel dan yang sekampung dengannya…. okeyyy??

13 : Masih di sekitar Hanoi

posted by:

dah puas berjalan dalam nie, kami pun bergerak lah.
sempat pham tunjuk kan kedutaan malaysia kat hanoi nih.
nampak tak tulisan tu?

ernie, kalau sok ko kena posting kat hanoi, haaa ini lah office ko.
dan sila lah bersedia. pasti tiap-tiap tahun aku terjah ko kat sini.

huahuahuahuapseng..

pastu ntah mana-mana pham bawak kitorang.
asal nampak benda yang cam unik-unik terus dia suh driver stop kan kereta.
eh bukan kereta, tapi van yang lawa.

ini dipanggil pose patah pinggang.

berlatarbelakangkan tempat sejarah jugak.
tapi aku dah lupa apakah nama tempat ini.
lantak. janji ada gambar sudehh.

berlatarbelakangkan jet pejuang yang pernah digunakan masa peperangan dulu.

kemudian pham bawak kami naik jambatan lama.
pham kata, orang yang buat jambatan nie adalah orang yang sama buat eiffel tower nun di paris.
tak dapat naik eiffel tower, dapat naik jambatan ni pun jadikla kan.
terus feel feel ada kat paris.

jambatan nie panjanggggg giler.
menjadi perantaraan untuk motosikal & kereta berulang alik menyeberangi sungai yang lebar. gitulah kekdahnya.
hari masih hujan, itu sebab payung masih di tangan (pantun 2 kerat)

dah lepas puas berjimba di atas jambatan, terus shoot untuk dinner.
guess what? yaaa… repeat makanan india lagik. adehhh…

satu hari suntuk berjalan. jadi rupa paras adalah seperti zombie.
sekian.

ok sikittttt lagikkkk… 2 entries lagik jer. sabo sabooo…

13 : West Lake with Tran Quoc Pagoda, Ho Chi Minh Mausoleum & One Pillar Pagoda

posted by:

ada yang dah menyampah ke dengan cerita hanoi aku nie?
kalau ikutkan dah 2 bulan gak la. tak khatam-khatam ye dok?
sabar yer anak-anak. sikitttttt lagi.
kalau ikutkan pengiraan tajul muluk aku, ada dalam 3 entry je lagi selepas entry nie. sabar tu kan separuh dari iman. 2 kali sabar full iman korang.
ceh.. poyo je nak nasihatkan orang kan.
walhal aku la maknosia yang paling tak penyabar sekali di muka bumi ini.

ok kita sambung sekarang jugak, tanpa berlengah lagik.
yang hari tu aku gerak balik dari halong bay ke hanoi kan…
tak terus pulang ke hotel.
tapi pham bawak kami reronda sekitar hanoi khas untuk amik gambar.
baik betul ah dia.

tempat pertama yang kami pergi ialah West Lake yang ada Tran Quoc Pagoda.
ini pun salah satu tempat yang korang wajib pergi kalau berkunjung ke Hanoi.
tapi masa aku gi tu, tempat itu tengah renovation.
semua pun sebab nak celebrate 100 tahun hanoi bulan oktober nanti.
jadi, bergambar dari kejauhan je la…
dan cuaca masih lagi hujan kesejukannnn.

encik z dah tak koserrr nak keluarkan kamera bagak dia.
so semua gambar pun snap guna nikon cenonit haku.

nak tau sejarah tentang West Lake & Tran Quoc Pagoda nie, korang google leh?
aku dah kesuntukan masa nie.
cheyyy… kesuntukan masa konon. ko hengat ko pegawai besooo??

dari situ kami terus ke Hochiminh Mausoleum.
tempat di mana diorang sudah awetkan pejuang Vietnam yang bernama Ho Chi Minh. haaaa ho chi minh city tu diambil nama dari nama pejuang nie lah.
so korang leh la masuk situ untuk tengok mayat yang diawetkan.
protokol adalah banyak ok untuk masuk sini.

antaranya ialah, beg korang akan dicek. kamera tak dibenarkan.
tak boleh pakai topi. tak boleh masuk tangan dalam poket.
nggak bisa pakaian seksi. mini skirt, short semua jangan harap ko leh masuk.
melopong la ko di luar sana.
kena senyap dan sunyi, tak boleh bersuara.
paling penting, kesejukan terlampau dalam nie.
ada kurang lebih 8 orang ashkar jaga dalam ini.
very the serius rupa paras.

tak sampai 20 saat pun ko leh duduk dalam tu.
kira cam, lalu jalan perlahan-lahan. takleh stop pon.
oleh sebab tak leh amik gambar, so nan hadoo la gambarnya kan.
tapi kalau korang nak tau gak rupa parasnya, haaaa nie aku amik kat google.

actually aku dah gi sini hari semalamnya.
tapi sebab tak bawak kamera langsung, tu yang takde gambar.
ni kira repeat ke sini semata-mata nak bergambar sajork.
hujan renyai-renyai masih lagi. dan kesejukan mencengkam tulang ku yang rapuh ini. hohoh.

senang je kan bendera vietnam.
kaler merah, bintang kuning. kalau budak sekolah rendah nak draw pun, pasti sekejapan. cer bendera malaysia. aku dulu kekecik nak draw, gigil jari jemari segala. aterrr 14 line nak kena garis kan.
tak boleh bengkang bengkok. nak kena samaaaaa…
motip mengomplen bendera negara sendiri?
nak kena buang negara ke normaya oiii??

pham yang sentiasa ceria tidak kira masa.
manakala encik z yang menahan kesejukan.
konon-konon macho la pakai kayak gitu.
ujung-ujung menggigil ko kat sana kan.

cintaku tertinggal di vietnam. ok itu adalah poyo.

dari ho chi minh mausoleum, kami jalan ke belah belakang.
melawat ho chi minh punya former residence.
tempat tinggal beliau waktu beliau jadi pejuang di hanoi itu.
dia nie cam menjadi kesayangan rakyat jelata sebab sikap beliau yang sangat merendah diri dan berjiwa rakyat.

ada rumah dia. kereta. kira peralatan yang dia pernah guna dulu la.
nan hadoo gambar sebab hari kedua kitorang pegi tu, tempat tu udah tutup.
haaa sila amik perhatian yer, ho chi minh mausoleum nie ditutup pada hari isnin & jumaat. dan waktu melawat pun sebelah pagi jek.
so sila lah susun itinerary anda dengan bijaksana.

kemudian melawat One Pillar Pagoda.
tempat nie pun ada dia punya legenda yang tersendiri.
ada sorang mamat nie, kahwin dah lama. tapi takde anak.
so dia datang berdoa kat temple, kemudian wife dia pregnant.
dia buat one pillar pagoda nie sebagai tanda berterima kasih kat dewi yang mengabulkan permintaan dia. gitu la lebih kurang nya.

ini lak muzium. tapi kitorang tak masuk sebab tiada include dalam tour.
lagi piula, masa ni muzium adalah ditutup. sekian.

antara keunikan yang terdapat di sini.
cer buat korang punya pintu pagar kayak gini.
ada bran?

OK, nextttttttttttt