Bye Bye Ho Chi Minh

flight balik KL 4.20 petang waktu ho chi minh.
bersamaan 5.20 petang waktu malaysia.
perjalanan boleh tahan jalan jem jugak la.
nak plak hujan kan. masa ni dah melebat dah.
tapi sampai airport awal gak.
tak de rasa risau sangat sebab kitorang dah web check in.
so korang pun aku cadangkan web check in je tau. senang.

: : dalam cab : :

: : q untuk drop baggage : :

: : langkah yang tertinggal. gitu : :

: : boarding pass : :
setel semua terus masuk ke departure hall.
memang takde la tunggu lama ke hapa.
semua pun smooth dan on time.

: : plane pun dah ada tu ha : :

: : flight AK 883 Last call : :
pergi dengan balik aku dengan ernie tak duduk sebaris.
tapi tidak lah jauh mana pun. selang sebaris jer pun.
dalam flight tetiba perut aku berbunyi. lapau la plak.
so ingat nak makan pizza tapi takde 🙁
nasi lemak pak nassir dah macam taknak.
last-last makan maggie je. tapi berselera.
dan paling best impian aku nak beli fridge magnet ni tercapai.
yeayy..
dah banyak kali kot aku tanya manjang takde stok.
masa flight datang hari tu ada, tapi kebetulan plak mamat cina seberang dari seat aku dapat beli. memang ada satu je kata stewardess tu.
sadis.
anyway stewardess untuk flight AK883 SGN – KUL hari tu semua baik-baik.
senyummmmm dan ramah. kudos korang 🙂
ingat lepas makan maggie tu aku nak lelap jap.
tetiba dah announce kata nak touch down dah. heheh.
kan ku kata, tak sampai 1 jam 50 minit pun sebenarnya.
elok sampai, baru aku call encik z.
eh lupa nak cerita kat korang, sepanjang kat sana line phone aku takde roaming ok.
aku saspek lepas aku tukar pelan BIS tu kot, celcom lupa nak bawak sekali roaming kot?
sabau je la haku.
tapi ni pun aku tak cek lagi pasal roaming dengan celcom.
nanti lah.
sejam jugak la menunggu encik z sampai.
aterr dari setapak jaya ke lcct. what do expect kannn..
tapi takpe, ok je tunggu sambil baca timeline twitter.
kenapa tak naik bas? hello hari tu pergi boleh la naik bas ater satu beg je.
ni dah 3 beg kot.
mau aku tersungkur depan bas nanti.
ok aku tutup cerita cuti-cuti terkejut aku ke ho chi minh city, vietnam kat sini.
sila kagum sebab belum sampai sebulan aku dah berjaya update. ngeh ngeh.
tq korang sebab rajin membaca dan mengomen.
doakan aku kuat semangat nak buat entry cambodia ek.
tata.