Nana Hotel, Hat Yai

kat hat yai aku stay kat nana hotel.
aku try google tapi tak jumpa la plak nana hotel ini.
tapi jangan risau, ia bukan hotel berhantu.
segala urusan pembookingan hotel nana ni diuruskan cikgu asri.
so aku tak banyak tau info.
cumanya aku nak share gambar dan keadaan sekitar hotel ni.
aku difahamkan harga untuk satu malam adalah 500Baht.
kalau salah harap cikgu asri dapat betulkan di ruangan komen ya.
nana hotel ni terletak agak dipinggir bandar hat yai.
tapi pinggir tak pinggir, tak berapa pinggir pun sebenarnya.
10 minit drive kot.
yang penting suasana adalah tenang dan damai.
dan bilik adalah tip top.
air susu dengan buah strawberry ni tidak la termasuk dalam pakej hotel yer.
yang ni cikgu asri bagi masa pagi nak check out tu.
western sangat breakfast strawberry dengan air susu.
kau ada? 😛