Blog Maya Dot Com

Hari Raya

SHRA. MZB

Assalammualaikum semua.. Mesti ramai yang cuti hari ni kan? Saya je la masih setia bertunggu tangga di pejabat. Hari ni 4 orang je kerja. Saya, Jayn, Anne & Balbir. Saya tak cuti. Sebelum tak cuti, selepas pun tak cuti. Tahun ni raya kat KL jugak, macam tahun lepas. Saya nak mintak maaf dari hujung kaki ke hujung rambut kalau sepanjang tempoh saya berblogging ni saya ada menyakitkan hati korang sama ada secara sengaja atau tidak. Saya manusia biasa yang ada…

7 jam

Hari Ke 2 AidilAdha. Konon konon nak gerak balik KL pagi pagi alam. Tapi pong pang gitu gini lambat lah juga. Dah alang alang lambat tu Mama ajak sekali pegi kenduri rumah jiran depan ni ha. So pegi lah. : : Mama, Yaya & Cici dah gerak ke depan tu ha. So suruh Caca je la pose : : Elok masuk tetiba nampak susuk tubuh yang eh eh macam ku kenal. Encik Z pun cuit saya. Laaaaa.. Uzair rupanya. Uzair…

Gunung Semanggol

Lepas Zohor saya zzzzz.. Pukul 3 petang camtu Mama kejut ajak pegi beraya rumah Mak Long kat Gunung Semanggol. Rutin raya lah kot, memang tuju rumah Mak Long je la pun. Takde arah dah nak tuju mana pun, dulu Tok ada boleh la melepak dulu rumah Tok pastu baru pi rumah Mak Long. La ni memang tuju rumah Mak Long je lah. Sampai sampai salam apa semua terus terjah makanan. Macam macam ada. BBQ ayam, bihun sup ayam, rendang ayam,…

Korban

Tahun ni Mama ambik bahagian korban. Satu bahagian RM400. Murah lagi la kat Taiping compare dengan kat KL kan? Mama pegi masjid dulu pagi tu, nanti Mama akan calling calling lah bila sampai time lembu Mama itu. Sebab ada 14 ekor semuanya. Lembu Mama nombor 9. So bajet mesti la ikut giliran kan. Elok Mama sampai masjid Mama call kata depa tak ikut giliran. Siapa yang dah cukup korum depa zasss dulu. Dan untuk lembu Mama tu dah cukup korum.…

Salam Aidil Adha ^__^

Selamat Hari Raya! Macam biasa lah kan siap siap apa semua di pagi raya. Encik Z & Mama pegi masjid. Saya kat rumah aje dengan anak anak. Apa apa bagi depa makan kenyang kenyang dulu. : : kids in black : : Menu kali ni ketupat, nasi himpit, rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh & pulut kuning. Saya macam biasa lah, nasi himpit + kuah lodeh + kuah kacang tatap menjadi pujaan hatiku. Lepas Mama & Encik Z balik dari…

9 jam

Dah 2 minggu baru hegeh hegeh nak update cerita raya haji. OK lettew dari tak update langsung kann. Memandangkan Raya Haji tahun ni jatuh pada hari Ahad, maka automatik dapatlah cuti sehari dan selepas raya. Makanya, boleh la kita balik Taiping. Yahuuu. Kaklong kerja, so dia pos lah Caca & Cici balik dengan saya. Surprise surprise, tak bagitau Mama & Yaya pun. Pagi Sabtu, 4 Oktober tu pukul 8 pagi dah gerak keluar dari Jasmine. Stop kat Jejantas Sungai Buloh…

Makan Makan di Office

Kerja kat organisasi besar ceni lah, sat department nun buat makan makan raya, sat department tang sana plak buat makan makan raya. Mana yang jemput, kita pegi lah kan. Kalau tak dijemput duduk diam diam sudah. Dimulakan dengan open department kat JDSP. Masa mula mula masuk B** inilah department yang saya join. Bersama boss, JM. Boss lelaki yang baik sangat. Tak penah marah pun, kalau tegur pun kemain beralas. :: pegi dengan Abang MdNoor, Mukh & Abang Halil. Kitorang berempat…

Syawal ke 14

Attend wedding Farrah, officemate B** kat Ijok Selangor sana. Tidur bangun tidur bangun tak sampai sampai. Huhu. Tapi akhirnya sampailah jua. : : Selamat Pengantin Baru Farrah! : : : : Mariah, pun officemate B**. Ia adalah pengapit merangkap part time mak andam untuk Farrah : : Lepas makan apa semua elok dah masuk kereta pun, tetiba nampak Syana sekeluarga baru sampai. Terus cam ‘Syanaaaa’ gitu jerit jerit manja panggil Syana. Gitulah mak mak dan blogger blogger. Bergambar tanpa kira…

Syawal ke 13

Attend wedding Anis, officemate B** & husbandnya kat Puchong sana. Keluar lepas Zohor, fuuu jem hebat di MRR2. Sampai terus jumpa pengantin, berfoto dan ngap ngap makan. Dari Puchong menyinggah LEP. Macam biasa melawat anak anak saudara ku. Depa tengah siap siap nak keluar beraya. So lepak kejap je lah. : : Ocah dah kenapa macam sakit tulang belakang duduknya tu : : : : Ocah sibuk nak tengok Frozen kat ipad. Ayah dengan rela hati mendukung : : :…

3 Syawal

Korang ingat tak dekorasi kat office saya tahun lepas? Ala ala kampung gitu. Ada periuk, langsir dan siap ada basikal ok. Tahun ni kita ubah konsep. Moden kontemporari katanya. Macam biasa, saya salah sorang yang bertungkus lumus mendekorasi. : : amboii Balbir tu. jadi mandor : : : : Emli kena paksarela tampal tulisan selamat hari raya : : : : props : : Hari Raya ke 3 saya dah ada kat office dah. Tapi tak boleh nak mengular pun…

2 Syawal

Syawal ke 2. Seawal pukul 7 pagi saya dah bersilat kat dapur. Memula plan nak buat kuah lodeh. Tapi akhirnya bertukar kepada sup daging. Makan dengan nasi himpit. Pukul 11 pagi baru 2 beranak tu bangun. Aterrr malam tadinya sampai dari Raub pukul 1 pagi. Tapi heyyy saya tidur lagi lambat kot sebab masak nasi himpit tu. Itulah kuasa supermak huhuhuu. : : hidangan di Syawal ke 2 : : Siap siap nak ‘berhari raya’ dengan Abah pula. Ke Tanah…

1 Syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Pagi pagi dah bangun dengan hati riang gembiranya. Hari ni kan Hari Raya! Heee.. : : Yaya dan telekung barunya. Strawberi biru. Dan menuju ke Surau Addiniah Setapak Jaya untuk solat sunat Aidilfitri. : : : : hidangan di pagi raya. lemang beli. rendang daging Mama tolong masakkan sesiap. saya tinggal panaskan je. hehe : : : : minta ampun salah silap bang. ter emo, tercarut, terbebel, terungkit, dan pelbagai ter lagi : : : :…

SHRAMZB

Assalammualaikum semua, Saya nak mintak maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut kalau sepanjang saya berblogging ni saya ada menyakiti hati sesiapa sama ada secara sengaja atau tak. Maafkan saya ya? Kosong kosong kita? Korang yang balik kampung tu, berhati hati di jalan raya. Selamat bercuti. Saya half day petang ni. Tapi hari raya ketiga insya Allah saya kerja dah. Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir Batin! xoxo, Mya

Page 4 of 9« First...23456...Last »