After Syawal at Syikin’s

Ni cerita dah habis Syawal tapi tetap lah sibuk nak pergi rumah orang hehe.
Nasiblah Syikin ok je pun saya dengan Atie nak datang. Tak sempat nak snap gambar food kat rumah Syikin sebab sibuk makan dan menyembang. Gambar food bawah ni curi dari whatsapp story Syikin. Halal yer Kin.
Rasa kerdil je bila dengan kawan-kawan yang pandai masak ni. Saya rendang segala ni memang tak reti. Kin, kau tak judge aku kan?


: : Macam raksaksa bila Normaya bergambar sebelah depa 2 orang yang kecik molek ni ha : :


: : 2 orang budak comel : :

Terima kasih Kin masak sedap dan sudi terima kunjungan kami walaupun dah habis Syawal. Next, rumah Normaya pulak ya, insyaAllah 🙂

#24 Syawal : Beraya di Rumah Rina

Minggu depan dah AidilAdha, ada lagi cerita Syawal? *insert emoticon berpeluh sambil sengih Ni pun sebenarnya ada 3,4 entry Syawal yang saya tak update lagi. Ginilah semakin lama semakin pemalas lipas, semakin lama semakin sendu.

24 Syawal pergi beraya kat Klang, rumah Rina, sepupu saya. Rina, anak Maklong, kakak Mama. Maklong dan Mama ada kat rumah Rina masa ni.
Bila ada orang tua kat rumah, ha macam-macam lah masakan dimasak nak jamu anak-anak.

Seronok area rumah Rina ni sebab selang 1 rumah je ada playground. Budak-budak tengah hari rembang dah mintak nak main ha. Tapi menggunakan kuasa veto ibu saudara yang garang, kita makan dulu. Redup sikit baru pergi.


: : BFF dua ni. Main bisik-bisik pulak : :


: : Layan Aisya buat video clip nyanyi lagu Syantik : :


: : Petang pekena bihun sup pulak : :


: : Gambar gembira sebelum Aisya kena jerkah dengan Balqis “Aisya ni pergi la sana!”


: : Aisya sentap terus taknak bergambar dah. Tu semua tengah pujuk dia la tu : :


: : Tak payah nak rapat-rapat dengan Kak Qis. Diri je situ? – gitu kata Mommy : :


: : Anak dara sunti kata Kak Red : :


: : Ipar duai biras sedang bermesyuarat tingkap : :

Serius ar best kawasan perumahan Rina ni. Tapi tu la, kat Klang sana. Nak dapat rumah bawah camni kat KL memang tak dapat lah. Mungkinkah 1 hari nanti saya berpeluang duduk rumah atas tanah begini? Hanya Allah yang tahu…