Makan @ Chilis, cuma RM19.30!

lunch time hari jumaat gi midvalley ngan kaktin.
apa mimpi ntah kaktin ajak gi midvalley.
selalu pun kitorang gi the mall atau maju junction jer.
mandangkan kaktin yang drive, aku cam biasa, yang menurut perintah gitu.

bila masuk parking cam memasing berdoa lah harap harap dapat la lot parking.
tau ajer lah hari jumaat. dengan cuti sekolahnya.
harus parking semua memenuh.
tapi alhamdulillah dari kejauhan nampak satu lot kosong.
terus kaktin tekan brek. eh silap tekan minyak.
vroom vroom terus molek masuk. syukur.

kaktin mengidam mau makan di chilis.
so ke chilis lah kita. amik fajitas trio berkongsi berduaan.
kerana berdua kan lebih baik. ecehh…
dan memasing pilih air mangga & esprit.

sambil makan sambil borak pot pet gitu gini.
tak sedar tengok tengok dah pukul 2 petang uolls.
so apa laga, secepat kilat mintak bil.
dan bila bil sampai, total nya adalah RM19.30.
yang benar deh…
bila tengok aku ngan kaktin terbangang bangang lagi tercengang cengang, terus adik waitress yang manis tu bersuara………..

total makan akak ialah RM66.30.
tapi kami bagi diskaun. sebab food sampai lambat.
lebih setengah jam.
jadi akak cuma bayar RM19.30 sahaja.

wah ternganga nganga la aku ngan kaktin kegembiraan kan.
makan bagai nak rak, tapi bayar RM19.30 jer.
tq chilis!!!! we love u muahs muahss…

tapi yang buat aku double happy nya sebab kaktin kata
ok akak bayar semua’
wuwuwuwu… rezeki rezeki. berbaloi baloi… 😀