Gambang, Pahang : Dinner & Thank You

Malam tu kami dinner kat resort, tapi bukan kat Carribean. Kena cross untuk ke building/resort sebelah iaitu Arabian Resort. Harga pakej dinner ni dah termasuk dalam harga pakej 3 Hari 2 Malam tu, cuma saya tambah bayaran untuk Mama je lah, tapi harga tak ingat pulak berapa.

Makanan malam diorang hmm biasa-biasa aje jugak. Tak banyak pilihan tapi bolehlah.
Tapi lebih kepada tak berapa sedap huhu.


: : Cawan pun gini je ha : :


: : Tak sesuai kot letak powder-powder open camni? Sebab terbang-terbang dan orang tak asyik terlajak letak je. Patut letak lah dalam bekas yang ada lubang-lubang tu : :


: : Saya suka la keropok ni. Mana nak cari ek : :

Keesokannya, 20 Ogos 2018, birthday Caca yang ke 10 tahun. Memang trip ni untuk dia lah kiranya. Hashtag Caca Turns 10. Pukul 12 tengah hari check out dan memang terus nak shoot balik KL. Memula ingat konon nak pergi Kula Cakes yang famous tu tapi nak ke arah Kuantan sana dekat 40 minit, so malas lah sebab kena patah patah balik.


: : Opah bersama cucu sulung dan cucu kedua : :


: : Birthday girl yang tak reti senyum : :

: : Bekalan dalam kereta : :


: : Ni apa punya fesyen tidur taktau la : :

Kesimpulannya, Safari & Waterpark Gambang ni ok je. Boleh la dimasukkan dalam list cuti-cuti Malaysia korang. Orang kata nak merasa kan. Kalau kata nak repeat lagi dalam masa terdekat, rasanya tak lah kot.

Macam biasa, video!