Jumpa Kak Illa kat Suria KLCC

Asyik berbalas komen kata nak jumpa, nak jumpa tapi takde tindakan pun tak guna jugak kan.
Decide terus weekend tu, 6 Januari both saya dengan Kak Illa free, so jom.
Tapi saya la kejam sikit sebab mintak Kak Illa turun KLCC.
Walhal Kak Illa duduk kat Shah Alam.
Jauh kot dia nak datang hehe. Tapi dia ok je.
Kak Illa, housemate masa saya stay kat Vista Angkasa dulu.
Pejam celik pejam celik dah dekat 17 tahun kenal.

Kami brunch dekat Ben’s.
Saya makan Pad Thai yang digembargemburkan sedap oleh bloggers.
Tapi memang sedap pun.


: : Order kek jugak untuk both of us yang meraikan hari lahir pada bulan Januari : :

Lama kitorang lepak sampai 2 lebih.
Orang pun dah keluar masuk bersilih ganti dah.
Nasib baik tak kena halau hiks. Borak nyembang tak ingat dunia.
Selain mengimbau kenangan lama, pun merangka perancangan terbaru nak travel bersama.
Excited sangat dah ni. Semoga menjadi kenyataan. Amin amin amin…


: : Kak Illa ajak makan aiskrim Godiva. Katanya geram tengok orang dok asyik letak kat IG. Sedap sangat ke pun : :


: : Gigih nak bergambar sampai cair dah ha. Rasa ok ok la, takde la sedap termimpi-mimpi ke apa : :

Thank you for everything Kak Illa.
Love u!

GWS Atie

Hari Jumaat, 15 Disember lepas kerja ambik Grab pergi Prince Court dengan Syikin.
Tujuannya nak visit Atie yang warded sebab undergo operation.
Singgah beli food dulu untuk diri sendiri dan pesakit.
First time saya tahu pasal kedai ni. Syikin kata food nya sedap.


: : Caramel Frapp Coffee Bean untuk diri sendiri : :


: : Ginger Bread pun untuk diri sendiri hehe : :

Syikin tanya “Ni nak melawat orang sakit ke nak picnic?”
Haha. 2 in 1 konsepnya.


: : Memang sedap dap dap : :

Lepak sembang borak macam biasalah dengan 2 orang ni meriahnya macam 10 orang.
Tak lama lepak, family Atie sampai.


: : Kau kenapa Kin pandang Suri cenggitu : :


: : GWS Atie. Nanti dah sihat kita pergi jalan-jalan bertiga naa : :


: : TQ Kin bagi grapefruit untuk Yaya : :