Food Market, Bandar Seri Permaisuri

Lepas makan saya suarakan hasrat pada Encik Z ajak pergi Food Market kat Bandar Seri Permaisuri. Ceritanya saya tau tentang Food Market ni dari instagram Fadzil. Fadzil, tour guide masa saya pergi Mesir dulu. Bila saya tanya kedai siapa, dia kata boss dia. Nak pergi asyik tangguh-tangguh sebab yerlah Sentul dengan Bandar Seri Permaisuri bukan dekat sangat pun.

Sampai-sampai teruslah macam rambang mata tengok macam-macam jenis makanan ada. Especially segala mak neka sambal. Food market ni jual makanan yang macam unik dan rare di bawah satu bumbung.

Budak jaga kedai tu tanya mana saya tau pasal Food Market ni, saya kata la akak tau dari Fadzil. Dulu masa akak pergi Mesir, Fadzil la jadi tour guide akak. Muka budak tu macam berubah, dia kata eh Fadzil ada, tengah solat tu. Saya ni macam samar bayangan sikit taktau kat mana lokasi Fadzil ni, kejap kat Mesir, kejap kat Kedah (dia orang Kedah). Laa ni rupanya ada kat KL dah.

Bila Fadzil keluar je, terus masing-masing excited la hehe. Yerlah memang first and last jumpa dia Disember 2015 kat Mesir tu je lah. Encik Z dengan dia over tau salam peluk-peluk gaya orang Arab. Saya syak kan, Fadzil ni yang sebenarnya tokey Food Market ni hmmm. Tapi saja je kata kedai boss dia. Merendah diri sangat ni.

Banyak gak la saya kaut kaut ambik. Tak cek harga pon. Encik Z dengan Yaya pun sama.
Nie 2 jenis muruku/kerepek tak sempat sampai rumah dah bukak ngap dalam kereta.

Lain-lain yang dibeli seperti di bawah. Bawang goreng tu sedap. Jeruk petai pun. Roti tu Encik Z punya. Oh Yaya ada beli aiskrim Malaysia jugak. Pendek kata Food Market ni best! Kalau korang pergi, bagitau la kata korang ni kawan Kak Maya hehe. Kalau nak beli online pun boleh tau. Cer pergi cuci-cuci mata kat www.foodmarket.com.my .

Ernie Zuraida, nanti kita jumpa kat Cheras boleh la pergi Food Market ni sesama ek..