Category: Friends

Cerita Raya Ke 6 Pula

sib baik gak aku update blog masa cuti raya seminggu tu kan.
kalau tak mau putus urat jari nak menaip sumer entry uolls.
terima kasih pada adil yang sudi meminjamkan lappy nya itu.
dan terima kasih juga pada encik celcom kerana broadbannya yang melancarkan perjalanan mengupdate blog.

tapi kan, 3 ke 4 hari minggu raya tu, celcom kedaung kan?
sesiapa yang guna celcom haruslah tau.
buat call takleh. sms takleh.
asyik error in connection atau network error.
mengapakah begitu wahai pak celcom?

di hari kejadian mama buat mee goreng.
boleh kata setiap hari mama masak makanan berat-berat.
sangat rajin kan mama saya? anak nya saja yang femalas tahap unta fadang fasir.

DSCN9087

tengah hari nida datang beraya. otw dia mau pulang ke bandaraya kuala lumpur.
beliau perlu pulang awal ke kuala lumpur demi tuntutan tanggungjawab sebagai tunangan orang. hihihi…

kami 2 beranak pakai pakai sendondon lagi.
suka sangat aku nengok yaya pakai seluar lembut kaler pink itu.
tergoyang-goyang punggungnya uolls.

tshirt nike tu memang saja aku beli sama.
walhal aku ni kalau boleh dah namo dah beli tshirt-tshirt segala.
tapi sebab nengok dedua pun ala-ala sama, gedik jugak la membeli.

takde snap gambar berdiri la pulak.
takpe, lain tahun aku pakai lagi baju ni sedondon dengan yaya..  aku snappy snappy gambar eh…
sukerrrrr…

DSCN9078

lepas nida gerak, sebelah petang sikit aku keluar dengan mama.
terpaksa angkut caca sebab takde orang mau jaga dia.
masing-masing sibuk sempena kenduri keesokan hari.

kitorang terpaksa keluar pun sebab nak cari bahan-bahan mentah jugak. nak cari reben, nak cari bunga segar, nak cari itu. nak cari ini.

DSCN9081

dan begitulah seterusnya… 😀

korang yang belum update cerita raya tu, sila la update secara pantas eh.. 😉
nak jugak baca cerita raya korang..