Satu Hari di AidilAdha

sebelum cerita aidil adha menjadi busuk dan basi, marilah kita mengupdate.
raya haji hari tu saya raya kat KL je.
pepagi alam tu encik z p solat kat masjid usamah, saya pose pose kat rumah je la dulu.
saya tak p sebab keuzuran.
encik z balik dalam pukul 10 pagi camtu terus je berdesup ke kundang, rumah mertua ku.
dulu segambut, sekentut je sampai.
la ni berkali kali kentut gak la baru sampai #lawakhambar
eh sebelum tu, #ootd.
jubah putih tempah dengan dzikra contemporary.
sama macam jubah hitam saya pakai masa aidil fitri hari tu.
cuma tang lengan je lain sikit, kali ni saya request buat yang ada getah.
tudung dari tudungnur.com. nanti saya buat entry pasal tudung ni eh.
beg lama dari fashionvalet.
20131015-235752.jpg
20131015-235821.jpg
: : suami saya ni cam biasa lah asal bergambau je memoyo : :
saja la konon tema putih.
feel feel berangan konon nak pi mekah la.
tak dapat pegi, berangan pun boleh.
mana tau dari berangan jadi realiti. kan.
dah la tak tolong masak, apa lagi membawa lauk pauk, maka nya tak reti reti nak beli buah tangan.
so singgah la beli lemang.
malas nak turun kereta, snap je la dari cermin.
20131015-235832.jpg
dalam perjalanan ke kundang dapat mms dari yaya.
alololo hidung tu kontrol sikit eh. kembang benau tu.
saya suruh mama belikan dia baju baru tapi katanya takyah la, pakai je jubah yang sedia ada, sebab jubah tu pun jarang pakai.
baiklah nak.
pandai pulak dia lilit shawal tu. hmm..
2013-10-15_10.29.49
2013-10-15_14.06.21
depa raya 3 beranak je kat taiping.
mama, yaya & adil.
saya masa call depa ada la sesikit sedih pilu, tapi gitu gitu je lah.
asal semua pun bergembira, raya memana pun sokayy.
image
sampai kundang tengok adik adik ipau semua tak turun lagi.
takpelah, biar akak ipau korang ni makan dulu.
mak masak lala sambal kering, rendang kerbau & kari ayam.
20131015-235845.jpg
tak lama pastu baru anak anak saudara saya yang 3 ketul tu sampai.
zharief, zhicrie, zhafrie.
20131015-235903.jpg
sabar mak ngah jangan marah marah, hari ni kan hari raya.
lagipun tercalar la nanti imej ostajah mak ngah.
begitu kata zharief memujuk makngah yang sedang menyinga.
20131015-235919.jpg
: : mak ngah stress nak bukak choki choki ni ha : :
20131015-235926.jpg
: : pastu memasing coklat nak, salam taknak. grrrr : :
20131015-235940.jpg
: : kena marah terus bawak diri duduk kat tangga : :
20131015-235948.jpg
: : zhafrie yang tak mengerti apa apa lagi. tunggu la tahun depan pulak : :
dari kundang ke ampang. melawat opah encik z.
omak kepada ayah encik z, yang sekarang duduk di rumah mak teh encik z.
begitu peneranganku, macam ke korang kisah kihkihkih.
image
: : dapat ipad makngah terus bersilang kaki yer awak : :
20131016-000008.jpg
: : my love : :
20131016-000015.jpg
: : sekeping lagi lah heeee : :
dari ampang patah balik ke kundang dan kemudian terus ke tanjung karang pula.
melawat adik beradik mak encik z.
atok nenek belah encik z semua pun dah takde.
so melawat omak omak saudara je lah. 3 orang je pun.
20131016-000027.jpg
: : pokok burung nama diberi : :
20131016-000035.jpg
: : kasik pose seround : :
20131016-000042.jpg
: : ibu mertuaku : :
pukul 6.30 petang camtu kami mintak diri.
encik z ajak pusing pusing kat area sawah.
pastu dia tunjuk tapak rumah yang mana ia dibersalinkan di situ.
rumah dah takde, tinggal tapak saja.
cantiklah pemandangan senja kat sini. suka angat angat.
20131016-000054.jpg
20131016-000103.jpg
: : musim menuai dah habis la kan. lalu jerami digulung begini : :
dari tanjung karang nak ke KL jem hebat oh.
dengan hujan nya, jalan kecik, gelap. malam of coz la gelap. pfftt.
pukul 9 malam lebih gak la baru sampai KL.
lalu perut melapau.
ingat nak singgah mamak je, tetengok ali maju tutup.
razz maju pun tutup.
kelas mamak pun beraya sekarang kan.
so pegi old town. makan nasi lemak bungkus.
lapau hoihh. dengan cendol freezy.
20131016-000115.jpg
demikianlah berakhirnya kisah aidiladha saya yang serba sederhana.
sekali lagi saya ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk korang.
semoga segala pengorbanan ikhlas kita untuk orang yang kita sayang semata-mata kerana Allah akan membantu kita meniti jalan ke syurga.
(L)