#NormayaTurns39 – GPO

Dari Erya by Suria Hot Spring Bentong tu, kami membelok ke Genting Premium Outlet.
Dah dekat pun, so zass je lah alang-alangnya.
Ni first time saya sampai GPO ni.
Encik Z ajak makan kat Wendy’s. Ikutkan jelah walaupun sebenarnya I lapau nasik!

: : Pakai tudung baru brand Tudung Ruffle yang boss hadiahkan masa birthday hari tu : :

Lepas tu jalan reronda cuci mata dalam GPO jelah.
Keluar masuk kedai/butik ikut mana yang berkenan di hati.

Sebelum gerak pulang, mengopi dulu kat Starbucks.
Sebagai pemegang kad Starbucks, boleh dapat complimentary kek sempena bulan birthday.
Dan caramel frapp redeem dari rewards list. Rejeki rejeki..

Plan singgah GPO ni saya ada gak terfikir nak cari perfume, sebabnya perfume saya semua pun dah licin.  Baik yang mahal mahupun yang murah.
Kebetulan ada pulak kedai perfume yang jual favourite Butterfly Mariah Carey, so ayuhlah kita zasss je beli.
Ada promosi, beli 2 botol dapat RM279.
Saya sajalah beli 1 bau yang lain, tapi still dalam keluarga Mariah Carey jugaklah hehe.

#NormayaTurns39 – Birthday Lunch @ The Manhattan Fish with Encik Z & Yaya

Sehari selepas #NormayaTurns39, kami 3 beranak keluar celebrate birthday lunch.
Teringin nak makan lobster so kita pergi The Manhattan Fish, Sunway Putra Mall.
Nak makan Lobster & Burger belum mampu milik lagi, makanya kita ukurlah baju di badan sendiri.

Memula ingat nak ambik 2 platter tau.
Tapi nasiblah adik Manhattan tu menyedarkan kami dari lamunan.
Banyak tu kak. Untuk 6-8 orang makan.
Dasar 3 ketul kuat makan. Patutla masing-masing menggemuk hehe.


: : Kepala lobster saja dah penuh pinggan : :

Lepas kenyang perut, kita cuci mulut dengan seslice kek Secret Recipe.
Ceritanya kek ni kan, Encik Z & Yaya masuk bilik malam birthday tu.
Letak lilin bagai sambil nyanyi lagu birthday.
Saya dah tarik selimut berselibung, eh in fact dah tidur pun! Hiks.

Sedaplah lobster kat sini. Ada rezeki nanti nak repeat-repeat lagi.
Dari SPM, kami terus gerak ke Bentong untuk birthday short getaway 😀