Unfriend

saya nak minta maaf pada anda yang saya terpaksa unfriend di facebook.

tak relevan pulak bila friend di facebook tetapi bila bersua di luar, kaku seolah olah saling tidak mengenali. ada juga yang pura pura tidak nampak.

tak relevan juga rasanya bila friend tapi tiada komunikasi 2 hala. tiada komen. tiada LIKE. tiada apa-apa.

jadi apa sebenarnya motif anda berkawan dengan saya di facebook?
adakah sekadar untuk meramaikan ‘friends’, untuk menghendap status dan cuma untuk melihat gambar?

dari hati saya berdetik yang tidak-tidak, saya rasa lebih baik saya mengambil langkah unfriend sahaja.
saya tidak berdosa. dan anda juga.

walaubagaimanapun saya harap jangan ada yang merasa tersisih atau disingkir oleh saya.
kepada bloggers dan readers, anda masih boleh membaca blog saya di sini.
gambar gambar yang ada di sana, semua terdapat di sini.

mahu tahu status? saya sudah ‘open’. jadi anda boleh membacanya tanpa perlu ada rasa terpaksa untuk komen atau LIKE.

kepada kawan-kawan office, kita masih boleh berhubungan atas dasar ‘profesionalism’

kepada lain-lain yang sudah saya unfriendkan, mungkin saya tiada alasan kukuh untuk memjawabnya.
cuma masanya sudah tiba. dan saya cuma mengikut gerak hati.

persahabatan bukan sekadar di facebook saja, bukan?