Z 40

Semalam, 3 Jun 2019, birthday Encik Z yang ke 40 tahun. Jadi kami sekarang dah rakan sebaya lah hehe. I tua 4 bulan setengah dari Encik Z. Dari seminggu lepas I dah book delivery surprise. Pagi tu I nervous sebab orang tu tak reply whatsapp. Sebab janjinya nak deliver pagi. Dari pukul 8 pagi hantar whatsapp, pukul 10 tak berjawab. Tapi lepas tu dalam 10.30 pagi baru dia reply kata handphone nya silent. Fuh lega.

Berbuka semalam makan lite-lite je, lepas tu keluar pergi makan kat Absolute Thai. Menu diorang dah berwajah baru. Harga makanan yang dulu ada sen-sen kat belakang semua dah digenapkan. So ada yang jadi mahal sikit, dan ada yang murah sikit. 

: : Kami order seperti di atas : :

: : Bagi I Ikan Kerapu tu tak sedap. Asparagus tu pun rasa tawar. Ayam  pandan seketul tu besar, rasa oklah boleh diterima : :

               : : Disebalik gambar ini, gopro buat hal lagi adudududu : : 

Usai makan, Yaya pergi beli air Tealive. I dengan Encik Z pergi Starbucks take away Dark Caramel Frapp share berdua. Selepas sebulan setengah I tak minum air manis Starbucks, semalam rasa nikmatnya la haih. Tapi tu lah, nak kena kurangkan lepas ni. Kalau tak, mau cecah 80kg nanti berat badan I huhu.

BTW I pakai jubah baru dari @kernadiabyabbyabadi . Geram sikit sebab labuh, so hantar la alter. Tapi still labuh jugak, agaknya tailor Bangla tu takut nak potong banyak takut tersingkat kot huhu..

: : Hadiah Birthday untuk suami I : :

Selamat Hari Lahir Yang ke 40 Tahun Suamiku Sayang. Semoga yang baik-baik untuk awak. Sayang awak sangat…..