The Maze Runner Death Cure & dUCk

Bila tengok je trailer The Maze Runner Death Cure ni terus cam aaaaaaaaa tak sabaunya nak pergi nonton.
Mau taknya, last dulu The Maze Runner The Scorch Trials, tahun 2015.
Tak ke hampir 3 tahun menunggunya ha.
Yang The Maze Runner first tu pulak tahun 2014.
So cakap dengan Encik Z, wajib pergi nonton.
Dah la Min Ho kena tangkap dengan Wicked masa yang last dulu tu.
Uuuu saspen nak tau cemana ke Thomas dan kawan-kawannya nak selamatkan Min Ho.

Kami nonton kat Pavilion. Cadangnya nak breakfast dulu.
Tapi pagi tu boleh pulak takde air.
Saya tengah mandi tengah shampoo tiba-tiba air shower tu stop.
Terus terpekik la dibuatnya. Encik Z ambik air Coway tu berulang 3,4 kali jirus kat kepala saya.
Badan bersabun main lap-lap gitu je lah.
Encik Z dengan Yasmin pergi mandi kat toilet kat swimming pool sana.
Sampai kat Pavilion dalam 11.45 camtu. Beli la hotdog makan dalam panggung.

Best sangat The Maze Runner Death Cure ni.
Walaupun watak Min Ho tak berapa nak keluar sangat, sebab dia kan dalam tahanan Wicked.
Tapi still best berdebau tahap hawau gitulah.
Endingnya sedih sob sob sob sebab Newt mati sebab kena virus gila tu.
Saya suka je Theresa mati. Itulah harga yang perlu dibayar kerana menjadi pengkhianat. Heh.

Sayangnya Thomas pada kawan-kawan dia kan.
Sanggup meredah bahaya sorang-sorang nak pergi selamatkan Min Ho.
Masa jumpa balik dalam building tu masing-masing macam tergamam pastu peluk sekejap dan kemudian terjun dari tingkat tinggi tu rasa macam fuh.
Kita ni gamaknya setakat mana boleh berkorban untuk kawan-kawan kita?
Tepuk dada tanyalah selera, Normaya.

Setel movie, pergi dUCk store sebab Yaya teringin nak pergi ha.
Tudung baru dUCk, Meringue ni kan, fabriknya sama macam tudung Naelofar yang Sweet Helena tu. Sebijik sama.
Saya suka lagi yang Naelofar sebab awning muncung tu boleh buat macam pakai tudung bawal.
Harga pun half dari dUCk ni.

Lepas tu masuk dUCk Cosmetics pulak.
Habis semua produk Yaya cuba.

: : Sebelum pergi dUCk tu, pergi FashionValet dulu collect barang dUCk yang saya beli online. Saja je beli online sebab nak collect points. Saya beli Mirror dengan Passport Holder. Suka lah! : :


: : Dekorasi CNY kat Pavilion. Cantik! : :

Oh yer, taktaulah The Maze Runner ni adalah movie yang terakhir atau tak.
Sebab kalau ikutkan novel, ada satu lagi bahagian iaitu Kill Order. Kan?

dUCk Pavi

13 Oktober. Lunch time hari Jumaat.
Atie, Nadia, Faradi dan saya pergi dUCk kat Pavi sana.
Mula-mula ingatkan Atie ada nak shopping barang, sekali laa saya sorang je membeli rupanya.
Sabar je lah.

Mula-mula pergi dUCk Cosmetics.
Saya plan nak beli make up pouch je.
Tapi terrrbeli Lipstick jugak.


: : Sawan dUCk : :


: : Love love sangat LipStickWitu ni : :

Atie nak cari perfume untuk husbandnya, kebetulan ada promosi kat tingkat bawah, so kita ronda lah kejap.
Ceritanya Atie nak beli perfume sama macam yang boss ia pakai.
Boss ia pelakon tuuu. Untunglah dapat bos hensem.

Try sembur-sembur perfume JPG ni macam suka je.
Macam nak beli je. Tapi later-later laaa.. not now.
I tak pernah ada perfume mahal tau huhu.

Oleh sebab masa mencemburui, tak sempat nak sit down makan.
So tapau Subway je lah.
Tapi sebab terkocoh-kocoh nak pergi talk dekat Sasana, tak sempat nak makan jugak sandwich tu.
Terpaksa alas perut makan cookies saja.
Talk apa? Sat naa I story story…