Basil dan Detox

sebelum ke entry cuti cuti penang, saya up entry lite lite je lah dulu yer.
hari tu pi makan-makan dengan payiet, kaktin & encik z.
payiet dapat durian runtuh, maka nya rezeki harus dikongsi bersama.

payiet ni memang aku perasan kalau kata dia dapat duit lebih dari memana sumber mesti dia akan panjang panjangkan pada kami adik beradik.
alhamdulillah. semoga murah rezeki kau nyah boleh belanja kitorang seselalu.

lokasi kali ni adalah di basil bangsar.
walaupun cam selalu je makan kat basil kan.
biasa encik z tak mo join, tapi kali ni ia dipaksarela.
kitorang dari office lagi dah berzikir sesama sendiri nak makan mieng kam nak makan mieng kam.
saya request kat payiet nak order 2 pinggan.
so boleh makan sampai lebam.

sampai la kat basil.
sepantas kilat semua pun berebut rebut order mieng kam 2 pinggan!!! *perlukejerit
mieng kam sudah habis hari ni kaka.

apa???? *effectributpetir
sentap la!! pepenat dah terbayang mieng kam tetiba sudah habis. sakit pulak hati kita neh!

nak makan mieng kam sebab nak diet la kengkononnnn.
dah mieng kam takde ni kita nak makan apa ni? begitu kami tertanya sesama sendiri.
sudahnya terpaksa jugak order nasi.
terpaksa bangattt.

image : : fresh coconut RM10. encik z minum chinese tea RM2.50 : :

wpid-20140331_1821051 : : kangkung goreng belacan RM10.90 : :

image : : green curry beef RM16.90 : :

image : : mango sticky rice up sampai 2 pinggan RM21.80 : :

image : : garoupa fish with thai chilli RM43.90 : :

masa nak order fish ni saya selak la menu nak tengok berapa harga nya, terus payiet potong alaa takyah la tengok harga.
cewahhhh kannn.
selalu kalau waktu sengkek, dia la orang pertama yang tanya berapa harga ni. mak tengah miskin ni.
hik hik hik.

image : : jejaka : :

alhamdulillah makan kenyang.
total RM132.05 selepas ditolak 10% jusco card.
haa sapa ada jusco card jangan lupa tunjuk masa nak bayar tu tau. 10% less sapa nak bagi oii.

pastu pi shopping barang barang nak detox.
cewah shopping la sangat walhal 3 ketul je pun barangannya.
ni kaktin la ni suruh semua minum sesama.
sebab kitorang semua memasing perut kemain maju ke depan.

image : : lemon, timun & daun mint : :

balik tu semangatlah buat.
siap buat 2 bekas tu.
satu nak bawak pi ofis, satu nak tinggal kat rumah la kononnya.
tapi tapi tapi kenapakah rasa air ini begitu tidak lazat?
nangis lidah & tekak nak habiskan satu cawan.

image

buku detox yang kaktin & payiet prezenkan tu ada je kat rumah.
tapi tu la nak buat macam susah guna blender biasa tu.
nak beli yang canggih punya haih RM RM RM lah pula.
saya ni tak kisah sangat kalau gemuk, tapi masalah perut buncit berlapis ni sungguh mimpi ngeri. duhhh.. :-[

Posted from WordPress for Android