Problem Solving

29 & 30 Ogos saya attend course Problem Solving di Sasana Kijang.
Apa yang seronok bila pergi course ni sebab dapat away dari office. Dan of coz dapat makan makan makan.
Seperti tajuknya, basically course ni saya belajar tentang cara-cara nak selesaikan masalah di pejabat gitulah. Selalunya saya ni kan #susahterhibur dengan fasilitator. Tapi yang ni sokay la, boleh di bawa ke tengah.

Dan haa lagi satu yang bestnya gi course internal camni boleh kenal-kenal dengan staf lain. Ye la kadang kau tau muka je, tapi taktau nama. Tau nama taktau muka. Gitulah..

Konvensyen Setiausaha dan Pembantu Pentadbiran 2018

Seperti yang diketahui ramai, bulan April adalah Bulan Setiausaha. Request kat boss nak attend kursus seperti di atas, lalu boss membenarkan, lalu pergilah saya. Nasib baik ada rakan sekerja yang dikenali iaitu KakTin, KakLinda, Intan dan KakWanRu. Sampai-sampai tengok ShimaR pun ada. Awal saya sampai sebab yerlah, hantar Yaya pergi sekolah dulu kan. Tempat kejadian pulak sekentut je dari sekolah Yaya dan office.


: : Ahli panel untuk konvensyen ini adalah seperti gambar di atas. Malas nak taip nama sorang-sorang : :


: : Registration table belum bukak, apatah lagi di dalam ballroom, memang takde orang lah kan : :


: : Sebab sampai awal, boleh la pilih table : :


: : Gitu floles kemain ha handphone KakTin : :


: : Kami dari B**. Lupa pulak nak edit lighting gambar ni. Gelap pulok : :

: : Ramai-ramai camni best sebab takde potensi nak kena tanya soalan ke apa. Kalau pergi course yang tak ramai, asyik nervous je takut kena tanya hehe : :

Waktu tea break dapat whatsapp dari group AJK PIBG parents & cikgu.
Pengetua kata sudah berlaku kejadian histeria kat sekolah.
Tak lama lepas tu Kak Aisyah call. Saya pun bagitau la saya tengah course, mintak tolong Kak Aisyah jemput Yaya sekali. Sebab Pengetua mintak parents datang ambik anak-anak semua. Panjang kisahnya histeria sekolah Yaya ni tapi takpelah, doa yang baik-baik semoga dipermudahkan untuk semua anak-anak di sekolah ini.  Terima kasih pada cikgu-cikgu yang bertungkus lumus memastikan keselamatan murid-murid.


: : Kak Aisyah whatsapp gambar ni. Yaya Form 2, Ada Form 1 & Damia Form 3 : :


: : Makanan mewah dan banyak dan sedap. Saya tunjuk 1 ni sudah la yer. Paling tersuka pastilah mussels itu : :

Hari kedua kena tukar table! Sobs. Kena scan barcode pada buku dan tengok kita dapat haiwan apa. Table yang saya duduk awal tu ialah lebah. Lepas scan dapat katak, so mencarilah kita table berkatak. Si Intan tertinggal buku kat rumah, saya ajak dia duduk sekali je setable dengan saya sebab memang ramai je pun yang tertinggal buku haa, so siapa yang takde tu boleh je duduk mana-mana.


: : Oh rindu! : :

Table baru belah tepi dan belakang huhu. Tak dapat lah nak nengok Prof Muhaya dekat-dekat. Suka dengar suara beliau. Lembut je. Isi kandungan dan aktiviti program yang lain saya tak detailskan la yer. Standardlah course-course camni, semua pun tentang transformasi, IT, motivasi etc. Cuma kan saya suka ayat Prof Muhaya “Siapa nak salam dengan saya, salam je. Tak perlu cium tangan, tak perlu peluk laga pipi. Kita buat biasa-biasa aje”
Sebabnya kan, saya pun macam awkward bila orang yang baru kenal/tak kenal setiba-tiba nak salam peluk cium laga pipi. Bukan sombong ke apa, tapi tu lah dia, feel awkward you know.

: : Gambar dari FB Irsyad Consulting : :


: : Rakan setable yang baru tadi itu : :

Segmen terakhir namanya Drums Circle. Semua peserta kena duduk dalam bulatan dan setiap orang diberi alat muzik. Nasib-nasib lah kau dapat alat muzik apa. Saya dapat benda oren di bawah. Tapi oklah senang nak main. Goyang goyang anje gitu je. Kak Linda dapat dram. Kuat bendar dipalu gamaknya sampai terkoyak gendang tu kooo.  Terhiburlah semua orang masa segmen ni. Ada saya record kat instastory sana.


: : Dapat hadiah sebab menang jawab soalan kuiz kat FB Irsyad Consulting : :


: : Dah kenapa nak buat shower gel bau teh? Vanilla Chai. Chai tu kan teh. Dan memang bau teh pun satu badan bila pakai. Tapi orang bagi free kan, jangan banyak bunyi ya. So pls : :


: : Dapat hadiah group table. Walaupun macam meragukan je hadiah kemenangan ini : :


: : Kemain tulisannya See You in Paris. Semoga 1 hari yang indah tercapai hasrat nak ke Paris. Amin : :

Sebelum balik diumumkan jugak pemenang best dress. Yang dapat nombor 1 adik kat bawah ni. Saya memang dok perati je dia. Muka lawa, dan bergaya. Terus teringat zaman memuda remaja bujang dan kurus dulu, sis pun suka bergaya seksi berblazer segala tau. Rambut panjang lurus terkibas-kibas. Tapi iya iyalah, itu kan dulu. Sekarang dah kertu. “Dah nak masuk 40, Normaya” <<– tu kata-kata yang selalu Encik Z ulang bila saya menaga hehe.


: : Gambar ni saya ambik dari FB Irsyad Consulting. Kot sesiapa kenal adik ni, sampaikan salam saya kat dia. Kalau kata dia tak selesa gambar ni kat blog saya, mintak dia pm tepi eh. Saya nak bergambar dengan dia sebenarnya tapi setiba-tiba segan pulak heee : :