Coach Coach Hotta Heyyy!

ehemm..
saya dah tambah collection coach saya. heee..
walaupun amyza adnan kata kat oversea cashier supermarket je pakai coach ni tapi apa saya kisah.
saya pun cuma pembantu tadbir yang sedang sedang saja.
ok memula saya terrrbeli wristlet coach kat officemate saya.
asalnya follow kaktin je. pastu bila tengok wristlet yang coraknya sama macam beg coach saya yang dulu terus rasa cam nak nak nak.
RM300 no diskaun.
beliau beli masa bercuti ke canada sana.
tq leechin sebab bagi hutang. *matikla nak bergaya sampai berhutang
tapi dah dilunaskan yer. so pls?
pastu hari yang saya pegi pavilion tu lah.
yang nak cari kasut crocs dengan handphone nokia tu.
lalu depan butik coach.
kat depan tertulis year end clearance.
saja ajak encik z masuk cuci cuci mata.
pastu terrrrnampak la beg hitam yang sefesyen dengan beg coach saya yang lama tu, jugak sefesyen dengan lanyard coach saya.
terus cam ah nak nak nak.
encik z malas nak layan saya.
tu yang pegi tonton cerita the tower dulu sambil berfikir fikir.
last last kenot tahan, usai movie terus balik ke butik ni.
dan akhirnya terjebakkk jugaklah. tsktsktsksk.
harga asal RM1,425. lepas diskaun tinggal RM855.00.
saya ingat nanti later later bila kaya sikit nak beli sling bag warna brown/gold pulak.
sebab me oso love brown gold colour.
later later tu tak tau la bila pon nya adohai nya pun.
jangan ada sesiapa tanya ni original ke imitation ke fake?
awassss kalau ada yang tanya *jegil bijik mata