Hampir 9 Jam Suami ku Hilang di Hutan

sambungan dari previous entry.
sampai balik kat tapak perkhemahan memasing udah kebuluran laksana penduduk somalia kekdahnya.
sib baik uncle tong begitu memahami.
cecepat dia masakkan mee untuk kitorang sementara nak tunggu yang lain untuk makan nasi.
makan mee melahap cam tak makan setahun koo…
aterrrr banyak tenaga oiiii dah pakai nak mendaki bukit dan jungle treking tu.
ko ingat senang? heh.

pastu aku baring jap sebab kepala dah berdenyut-denyut migraine.
tampal migraine ice, telan panadol.

pastu fin dengan ida ajak mandi sungai. pasti lah kena mandi.
dari sejak sampai kat lata kijang tu, mak tak mandi lagi koo…
sebab buat pengetahuan korang, kat situ takde tempat proper nak mandi tau.
yang ada cuma toilet semata sajorkk…
so? lu pikir la sendiri….
best gila k mandi. air dia sejukkkk bangatttt…

encik z tengok gambar bawah nie.
ada ke dia kata aku mandi tak pakai seluar? sebab kaler seluar tu kaler kulit.
ek eh.. kenapa ko encik z…
ko ingat aku dah hilang akal ker haper nak mandi bogel.
mak masih waras lagi ko… heh.

masa tengah mandi nie, sorang demi sorang dah sampai dari trekking.
tapi kelibat encik z tak jugak kunjung tiba.
tapi aku pujuk hati sendiri. jap jap lagi sampai la tu.. ermmm…

dah habis mandi segala, aku tidur jap. keletihan.
lagi piula apa nak buat tengah-tengah hutan tu kan.
aku dah la tak bawak buku nak baca.
sib baik ada ipod so layan gak laaa.. sesambil terlelap.

bila aku terjaga, aku jenguk luar khemah. laki aku tak balik lagi oiiii…
harus lah sebagai isteri, hati ku mula gundah gulana.
dah la masa tu dah start hujan tau. memula merintik pastu melebat.

hello…. laki mak dah masuk hutan sejak pukul 10 pagi tadi.
dan masa nie dah pukul 6 petang. ko pikir apa?
yang lagi menakutkan, dia cuma breakfast je pagi tadi.
takde bekalan air. apatah lagi makanan.
apatah lagi peralatan rain coat ke, torch light ke, semua nan adooo ok.

yang bebudak nie plak dah galak ejek-ejek aku.
mya menjanda balik la. mya tengah fikir dapat duit insurans berapa la.
laki ko kena sorok dengan orang bunian la.
heyyyyy…. semua mulut tak hagak-hagak.

termasuk encik z, ada 5 orang kesemuanya yang tak balik-balik.
semakin lama semakin menakutkan.
inilah yang dinamakan penantian satu penyeksaan….

to be continue……