Kesayanganku Yaya & Caca

godek-godek ipad jumpa gambar-gambar ni.
ni masa malam hari ahad yang saya balik taiping tu la.
patut sekali kan dalam entry tu tapi tu lah dia. lupa.
malam tu lepak-lepak kat laman, yaya dengan caca main bunga api.
tapi saya kemalasan nak amik kamera snap.
lepas tu terus rasa menyesal.
ye la kadang-kadang kita amik gambar bukan semata nak jaja kat blog je kan.
untuk kenang-kenangan di hari muka jugak.
ok la next time saya cuba rajin-rajin sikit.
tahun ni kaklong raya kat raub 🙁
saya dengan adil je lah kat taiping.
tahun pertama tanpa tok.
taktau la macam mana keadaannya nanti.
mesti tak berapa meriah macam dulu…