Category: Caca

Jumanji

Ajak Caca stay 2 malam kat rumah saya teman Yaya.
Saya cuti half day petang minggu tu so bawak diorang keluar jalan-jalan kat SPM.
Memula pergi makan Sushi pastu gi nonton Jumanji.


: : First time order dan makan donut marshmallow durian ni. Sedap : :


: : Beli baju kat Trio pastu cuci mata kat Kaison : :

Patutnya Yaya tu dah harga dewasa sebab dah above 12 kan, tapi staff tu bagi harga kanak-kanak jugak.
Walhal saya dah sebut kot umur 13 tahun.
Dah 2 kali dah untung badan camni.

Filem Jumanji ni adalah best dan kelakar.
Walaupun tak banyak aksi binatang haiwan macam Jumanji yang dulu tu, tapi watak-watak tu semua menghiburkan.
Saya yang sejenis susah nak gelak ni pun tergelak-gelak je menengoknya.
Sila lah nonton ya.