Ecopark Bukit Merak. Eh Merah.

dari entrance bukit merah nak ke ecopark boleh tahan sesak derrr.
tapi jalan je la pepelan. bawak la payung, pakai la spek hitam.
tau la cuaca malaysia yang panas melekit ni.
kalau korang nak pergi pulau orang utan dengan ecopark pada hari yang sama, nanti dari pulau orang utan diorang akan drop kat ecopark jetty ni ha.
so takde la jauh sangat menapaknya.
tapi sebab saya pergi hari lain lain, takde pilihan, kena menapak je lah.
dalam combo park kan boleh pilih nak naik chairlift atau skycycle.
kalau skycycle tu kena naik sorang-sorang, keliling water park.
so kami naik chairlift ni lah beramai-ramai.
kaklong & mama dah mencuak dah tu he he he.

: : dah masuk dalam hutan : :

: : teratai layu di tasik madu : :

: : snap gambar sendiri iye lah : :

: : one more : :
chairlift ni keliling kawasan ecopark.
dalam 15 minit camtu lah ia pusing.
kena gerakkan sendiri tau. so sila naik dengan lelaki lelaki gagah.
pastu kami jalan kaki dalam ecopark ni tengok haiwan haiwan.
comel pliss monyet ni.
tengok animal show.
ada timing tau animal show ni. tak silap ni untuk show pukul 3 petang kot.

: : pasrah menunggu : :

: : mempersembahkan persembahan burung kakak tua hinggap di jendela : :

: : tiba tiba encik z dipanggil ke depan untuk menguji kebijaksanaan burung kakak tua hinggap di jendela tadi : :
usai persembahan, boleh bergambar dengan burung tanpa caj tersembunyi.
sila lah…

: :  caca takut. tu muka ketat : :

: : tengok opah relax je : :
habis tengok animal show, sambung jalan jalan lagi.
lalu mengkagum dengan burung merak ini.
lalu memberi makan sang arnab.

: : lenggang mak limah, jalan berlenggang.. mak limah sayang : :
seluar coklat tu saya beli kat carrefour wangsa maju.
RM39. kalau beli 2 helai dapat RM70.
selesa sangat, sebab cotton. saya ada 2 helai. coklat ni dan putih.
nanti nak beli warna pink pula 🙂
kampung air bukit merah laketown resort ni harga satu malam serendah RM390.
sila pengsan sekarang.
dari bukit merah terus je gerak balik taiping.
singgah minum petang kat taman tasik taiping.
makan laksa yang sedap.

: : caca macam biasa, asal bangun tidur je ngamuk. derrr??? : :
ok watamat kisah percutian pendek di bukit merah laketown resort.
nexttttttttttt…..