Travelogue Yaya Pegi Brunei Part IV

Habis makan kami ke The Royal Regalia Brunei. Ianya adalah sebuah muzium.

Lepas melawat muzium Royal Regalia, kami menuju ke Kampung Ayer. Ia pula sebuah kampung yang berada di atas air. Kami menaiki bot menuju ke sebuah rumah. Rumah ini adalah rumah kepunyaan makcik dan pakcik yang tinggal di kampung ini. Kalau tengok daripada luar nampak macam tak cantik, tapi dekat dalam macam banglo besar.

Abang ejen ni pun bercerita tentang kampung ni. Lepas tu kami terus ke Masjid Omar Ali Saifuddin untuk menunaikan solat Asar. Kami gerak dari masjid terus ke tempat makan malan dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak di hotel.

Selasa, 25.11.2014
9.00 am

Hari ni kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Tapi sebelum tu cikgu bawa kami ke Muzium Teknologi Melayu Brunei yang menceritakan tentang kemajuan orang melayu di Brunei.

Kami terus ke Restoran Big Papa’s untuk makan tengah hari. Lepas makan kami terus ke Brunei International Airport. Penerbangan kami pada jam 4.25 petang. Kami sampai di Malaysia pada pukul 6.40 petang.

Kami menaiki bas persiaran menuju pulang ke Taiping.
Kami tiba pada jam 11.30 malam.
Demikianlah kisah aktiviti saya di Brunei Darussalam.
Kenangan di sana tidak akan saya lupakan.
Terima kasih Brunei! Jumpa lagi!

#####################################

Terima kasih semua pembaca blog Mommy sebab baca cerita Yaya kat Brunei ni.
InsyaAllah kalau Yaya pegi jalan jalan lagi, Yaya mintak izin Mommy untuk tulis lagi dalam blog ni.

Assalammualaikum. Bye bye!