Tocang Kepang Made in Kuta Bali

sapa ke hari tu tak sabau benau nak tengok bagaimana proses tocang kepang bali dilakukan?
hah sampailah kita ke entry ini.

tocang kepang ni cuma ada di pantai kuta.
kat pantai lain nan ado yer menurut kata pak million.
taktau la kalau dia propa aku. aku pun propa korang la.

plan nak buat tocang kepang ni memang dah lama terpahat di dalam dada.
datang bali memang nak buat nak buat.
tu pasal gigih simpan jugak rambut panjang walhal sebenarnya sudah merimas.

kos pembuatan tocang kepang ni tak silap aku RP150 000.
ko convertlah sendiri yer.
durasi plak ada dalam hurmm.. 20 minit kot.
2 orang yang belek buat tocang kepang kat rambut aku.

tetengah excited ditocang, datang la makcik sorang ni.
rujuk paling kanan baju pink.
dok pujuk pujuk aku suh berurut dengan dia.
memula RP80 000. turun RP50 000. pastu tinggal RP30 000.
aku memula tu cam ok gak la nak.
tapi encik z geleng.
aku pun cakap la bebaik taknak.

makcik ni dok pegang aku. dok urut urut gak lengan bahu aku.
lama lama annoying okkkkkkkkkk…
nak je aku pekik kat situ ‘oi makcik lu blah boleh takkk’
ye la orang dah cakap taknak tu taknak la kan.
sepanjang panjang tu nak jugak pujuk.
last last aku buat dono jer, dia bangun cebik cebik buat muka.
(#$%)+_(&$@$%^&&

: : aku buat muka sedih mintak bantuan encik z. encik z pun bukan nak garang pi halau ke hapa kannn. dok la tengok jer. hmpfff hmpff : :

: : selepas makcik saiko berambus, baru muka aku ada sinyum : :


: : separa siap : :


: : hampir siap : :

akhirnya yeayyy.. siap!
bersama mbak mbak yang tolong buat tocang kepang ku.

aku memula bayangkan mesti cam sakit kot nak buat tocang kepang ni.
tapi percayalah tak sakit langsung k.
tak rasa apa apa pun.
cer kalau kaklong buat tocang lekat, fuhh meraung raung ko ditarik nya rambut semata mata nak bagi ketat.
yaya & caca pun mesti fobia tu..

aku dah bertocang kepang di bali.
korang bila lagi? 😉