Harith Zafran

image
: : ootd gemuk namanya. blouse dan skirt dari fasdira collections. korang search je kat facebook : :
ni nak pegi majlis aqiqah dan cukur jambul muhammad harith zafran.
anaknya si nain & norm, officemate saya.
lokasi kejadian di kepong sana.
sampai sampai je, salam tuan rumah, terus cari makan.
lapau kot, dah masuk tengah hari kan. tak breakfast apa.
image
image
: : aaaaa sedap! : :
image
: : ada cendol dan tapai kesukaanku jua : :
image
: : olololo omey omey : :
nampak kaktin dengan june. so apa lagi kasik pose maut seround.
kitorang ada grup whatsapp tau. grup kitorang diberi nama grup AAR.
kalau korang terror sila lah teka. hikss.
image23bbf0567b9c11e3a68912638b117429_8

: : amboiii gediknya posing gini. nak je ku azan kat telinga sensorang bagi sedar diri :-[ : :

image
: : bersama norm, si tuan rumah : :
masuk dalam nak tengok baby, tapi baby tengah beradu.
so snap gambar buai je lah.
actually baby tu cam tak berapa sihat sebenarnya.
so better takyah ganggu. cepat sihat baby 🙂
image : : buaian warna hijau yang cantik. nain kata dia buat sendiri. ye ke norm? : :
image
: : nain husband norm, fahmi husband june dan encik z husbandnya ostajah normaya : :
image
: : keluarga bahagia : :
tq nain & norm for the invitation.
semoga baby harith cepat sihat ya..
sebelum balik tu nampak ada gula gula lollipop banyak kat tepi, saya pun ambik la seketul.
terus feel feel kekanak ribena. takpayah nak ribena sangat la normaya.
dah 35 tawon pon. bebawak la bertobat. hokhokhok…
image
doorgift pun ada bebear ni. sekali lagi feel feel kekanak ribena.
tapi bila nampak surah yassin kat sebelah terus insaf.
*jilat lollipop dalam keinsafan

Cicit Tok Gajah

assalammualaikum korang..
ramai cuti kan hari ni? untunglah.
saya kerja ni ha. sebab takde plan apa, so baiklah datang kerja je.
semalam saya layan bola piala malaysia tu dari awal sampai habis.
hebat sungguh. walhal saya ni bukannya minat bola pun.
tapi dah encik z dok ngadap, saya layankan jugak la.
kelantan vs pahang.
macam macam idea dorang ni buat eh nak bagi meriah.
siti nurhaliza vs neelofa. hikss.. comel je.
saya? saya sokong pahang la. abang ipau saya kan orang pahang.
saya pun rapat je dengan family abang ipau saya sana, so pahanglah pujaan hati 😀
20131104-001625.jpg
20131104-001632.jpg
20131104-001639.jpg
: : budu saya suka. patin pun saya suka!! : :
debau debau saya nonton game ni ha.
yang percubaan percubaan nak gol tapi tak gol tu. sian kelantan.
anyway tahniah pahang! kelantan pun tahniah jugak.
kalah menang kan adat bertanding. yang penting kita satu malaysia #tetiba
oh selain berita gembira pahang juara piala malaysia tahun ni, ada berita gembira lain yang lebih gembira untuk kami sekeluarga.
kaklong dah selamat melahirkan baby girl petang semalam.
yer, girl lagi. tapi girl ke boy ke, tu kan Allah punya kuasa.
yang penting sihat dan sempurna 🙂
ikutkan EDD memang hujung bulan ni, tapi tercepat.
saya saspek kaklong salah calculate ni, eh tapi tak kisah lah kan.
dah selamat pun semua.
kaklong bersalin nun kat taiping sana.
hujung bulan jugaklah kot baru saya dapat nengok baby.
20131104-001647.jpg
: : assalammualaikum sayang. nanti kita jumpa k : :
nama baby belum diberi lagi.
korang kalau ada cadangan marilah diutarakan.
nama depan nya NUR. nama belakang kalau boleh 2 suku kata.
dan nak ada huruf S.
contoh NUR SHAZLEEN. NUR BALQIS.
tahun ni saya dapat 3 orang anak saudara.
tahun depan kena tambah bajet duit raya la ni 🙂