Baby

Ni cerita sebelum puasa hari tu, sehari lepas saya balik dari Perth.
Pergi melawat baby Emli dan Elmy di Sungai Buloh sana.
Tahniah korang! Welcome to the world baby Aysaac Aali.

Instant shawl yang saya pakai tu, depa berdua ni lah tokeynya.
Korang kalau nak beli double loop shawl dengan harga berpatutan boleh pergi instagram @ratuteemor k.


: : Diaper cake untuk Aali. Saya tempah dengan Shila : :

Ni pulak Orked Nur Humaira, baby Faiz & Hairi.
Faiz ni lawyer S & P yang uruskan proses jual rumah Jasmine saya.
Dan juga lawyer S & P yang uruskan proses beli rumah KSU saya.
Dari urusan kerja, terus jadi kawan ha.
Walaupun lawyer, tapi Faiz ni sampoi dan baik orangnya.
Kalau korang nak cari lawyer S & P, memang saya rekemen Faiz 101%.


: : Yang ni diaper cake untuk Baby Orked. Pun saya tempah dari Shila : :

10 Syawal janji janji dengan Jee nak pergi beraya plus melawat baby Rizq Iskandar, putera nya Ida.
Kami ni #teamKSU , cuma berlainan blok je.

Plan nak melawat baby Rizq ni dari bulan puasa lagi tapi dok tertangguh tangguh kerana urusan duniawi.
First time jumpa Ida ni, selalu pun dalam media sosial je.
Kenal pun sebab start saya baca blog beliau.
Jee kawan seoffice, tapi pun start kenal dari baca blog jugak.
Seronok kan dari blog boleh tambah dan kenal ramai kawan.


Anak dara Jee, si Naura ni ya ampun keletah sangat.
Masa Jee tanya dia nak dukung baby Rizq tak?
Punya la laju dia angguk nak nak nak.
Lepas tu berusaha lipat kaki nak duduk bersila so Jee boleh letak Rizq atas paha dia.
Sumpah comel!!

Lepas tu masa kitorang tengah minum, Jee tanya dia.
Baby tidur macam mana?
Naura pejam mata pastu buat bunyi kroh kroh kroh.
Jee kata itu bunyi Ibu tidur lah.
Dia sengih sengih haha. Naura, awak comellll sangat!
Dah la muka ada iras anak saudara saya si Aisya tu.
Memang geram nau nau.


: : Diaper cake untuk Rizq, pun jua ditempah dari Shila. TQ Shila! Korang kalau taktau nak bagi apa pada baby newborn, boleh la consider tempah diaper cake dari Shila : :

Tahniah Elmy, Faiz & Ida.
Selamat berpantang.
Semoga dipermudahkan segala urusan korang 🙂

Harith Zafran

image
: : ootd gemuk namanya. blouse dan skirt dari fasdira collections. korang search je kat facebook : :
ni nak pegi majlis aqiqah dan cukur jambul muhammad harith zafran.
anaknya si nain & norm, officemate saya.
lokasi kejadian di kepong sana.
sampai sampai je, salam tuan rumah, terus cari makan.
lapau kot, dah masuk tengah hari kan. tak breakfast apa.
image
image
: : aaaaa sedap! : :
image
: : ada cendol dan tapai kesukaanku jua : :
image
: : olololo omey omey : :
nampak kaktin dengan june. so apa lagi kasik pose maut seround.
kitorang ada grup whatsapp tau. grup kitorang diberi nama grup AAR.
kalau korang terror sila lah teka. hikss.
image23bbf0567b9c11e3a68912638b117429_8

: : amboiii gediknya posing gini. nak je ku azan kat telinga sensorang bagi sedar diri :-[ : :

image
: : bersama norm, si tuan rumah : :
masuk dalam nak tengok baby, tapi baby tengah beradu.
so snap gambar buai je lah.
actually baby tu cam tak berapa sihat sebenarnya.
so better takyah ganggu. cepat sihat baby 🙂
image : : buaian warna hijau yang cantik. nain kata dia buat sendiri. ye ke norm? : :
image
: : nain husband norm, fahmi husband june dan encik z husbandnya ostajah normaya : :
image
: : keluarga bahagia : :
tq nain & norm for the invitation.
semoga baby harith cepat sihat ya..
sebelum balik tu nampak ada gula gula lollipop banyak kat tepi, saya pun ambik la seketul.
terus feel feel kekanak ribena. takpayah nak ribena sangat la normaya.
dah 35 tawon pon. bebawak la bertobat. hokhokhok…
image
doorgift pun ada bebear ni. sekali lagi feel feel kekanak ribena.
tapi bila nampak surah yassin kat sebelah terus insaf.
*jilat lollipop dalam keinsafan