Perth : Kesimpulannya

Akhirnya yey!
Entry terakhir cuti-cuti Perth, Australia!
*kesatpeluh

OK sampai la kita ke entry penutup dan kesimpulan ya.
Kalau nak ke Australia kena buat visa tau.
Ni negara kedua lah yang saya pergi, yang kena buat visa.
First dulu masa saya pergi Yangon, Myanmar.

Tapi harga visa ke Australia ni murah je.
Cuma RM20 je dan tak perlu susah payah nak pergi embassy ke apa.
Urusan visa ni Lyn yang settledkan. TQ Lyn!

Sebelum pergi saya email pada embassy maklumkan yang kami akan ke Perth.
Ni memang kebiasaan yang saya buat.
Tapi first time dapat balasan! Excited! Heee..

Ni barang-barang yang shopping kat sana.
Being me, takde la shopping nau pun.
Lagipun duit kita rendah kan kat sana.
Topi ni beli sebab murah. AUD1 je. Untuk Yaya.

Sweater Australia untuk kami 3 beranak + 5 anak saudara.
Semua beli kat eShed kecuali Mawa punya je beli kat Watertown sebab boleh pulak lupa si kenit tu huhu.
Sehelai AUD10. Yang Mawa punya mahal, hmm tak silap AUD15 kot.
So memang nak beli sweater ceni kena beli kat eShed. Situ memang dah murah.

Kacang ni saya beli 1 set ni dekat Watertown.
Harga lain-lain ikut jenis kacang. Serendah AUD10 up to AUD15.
Memang tak dinafikan la memang sedap kot.

Perfume Mariah Carey beli kat Chemist.
Kalau korang pergi Perth wajib la shopping perfume tau.

Fridge magnet semua pun beli kat eShed.
Ada yang AUD2. Ada yang AUD3.

Bathrobe beli kat Watertown.
Memang tak pernah ada. So beli la sehelai hehe.

Tu je saya beli.
Bagi saya macam takde apa sangat nak shopping kot?
Taktau la mungkin ada, tapi dah saya yang tak minat/berkenan ke kan.
Tapi perfume murah la. Korang boleh borong.

Macam saya tulis kat entry sebelum-sebelum ni, kat Perth ni ramai pelancong Malaysia!
So kalau kau nak skandal memang tak selamat ah kalau datang Perth ni kohkohkoh.
Ramai orang Malaysia datang sini sebab agaknya ni negara orang putih yang paling dekat dengan Malaysia.

Kalau tanya pendapat saya, Perth macam kurang sesuai untuk budak-budak kecik dan orang tua.
Sebabnya sini macam more to natural sightseeing.
Tengok bukit, pasir, pantai, taman.
Tapi terpulang la masing-masing.
Kalau tanya saya, tak repeat dah la.
Nak pergi the other side of Australia pulak.
Melbourne, Sydney, Gold Coast.

Tapi of course I was having so much fun with Lyn, Amy, Dee & Kak Tina.
Insan-insan yang saya kenal dari media sosial, end up jadi kawan dan boleh travel together.
Saya ok je kalau nak travel lagi dengan depa.
Taktau la kalau depa yang tak hingin dah nak travel dengan saya haha.
Blog diorang usah ditanya. Semua pun dah berkubur.
Tinggal saya je la yang masih kental.

Dan of coz saya excited sebab Australia negara orang putih pertama yang saya jejak.
Ye la selama ni biasa jalan-jalan negara Asean je kan.
Haruslah kejakunan tu lebih jakun dari biasa. Hiks.

Bajet secara rambang je lah yer.
Malas nak korek resit.

Flight  RM951
Visa RM20
Hotel    RM129 + RM445
Entrance Fees RM220
Makan & kudap-kudapan RM300
Shopping RM650

So total dalam RM2700 la lebih kurang perbelanjaan untuk 5 hari 4 malam.
Bajet ni bergantung kat korang masing-masing gak la kan.
Kalau tak shopping, dalam RM2000 dah boleh cover all in dah.

Korang jangan lupa tau try kopi Dare ni.
Sepanjang 5 hari kat sana rasanya 3 kali kot saya ulang beli.
Sedap lazat berkrim sangat!! TQ Ida sebab rekemen kan suruh rasa.

Macam biasa jugak, ni kompilasi video yang sempat saya record sepanjang berada kat sana.
Maafkan kualiti dan jua suara saya yang tenggelam timbul.

Terima kasih Perth, Australia!
Watamat.