Hong Kong Live in Kuala Lumpur

7 – 12 November hari tu ada event Hong Kong Live in Kuala Lumpur kat KLCC.
Saya pun ajaklah Encik Z pergi KLCC hari Sabtu 11 November tu untuk tengok-tengok informasi tentang Hong Kong.


: : Masukkan email dan nanti diorang akan hantar email tentang makanan halal di Hong Kong : :


: : Nanti dapat macam ni : :

: : Dah snap gambar baru perasan orang kartun belakang tu macam nak terkam saya hehe : :


: : Upload gambar kat instagram dengan hashtag HKLiveInKL nanti dapat goodies : :


: : Saya pilih beg Hong Kong ni : :


: : Sejadah dan arah kiblat ni dapat free : :

Lepas tu pusing-pusing bergambar jelah.
Tak besar sangat kat Centre Court tu je, tapi ada jugak la few booth Travel Agency.


Settled pusing-pusing kat situ, jom pergi makan.
Memang dah aim nak makan kat Little Penang Kafe sebab nak makan Red Ruby yang sedap itu.

Tiba-tiba nampak sesusuk wajah yang familiar.
Oh.. ex husband Dato Vida. Hensem jugak hiks.

Encik Z ajak pegi Kinokuniya nak cari buku katanya.
Nampak ada saputangan ni. Comel lah.
Lama dah tak bawak sapu tangan semenjak bawak small towel ke sana sini.
Dulu masa sekolah memang wajib ooo bawak sapu tangan.
Kalau tertinggal memang kemurungan. Hapa hapa ntah kan hehe.
Saya beli yang merah pink tu.

Singgah beli kek kat Bisou.
Mula ingat nak cari Red Velvet kat Harrods, tapi berubah fikiran pula.
Beli Red Velvet untuk saya dan Vanilla untuk Aisya.
Birthday dia dah lepas, tapi sempat jumpa nak celebrate-celebrate so kirim kek dengan hadiah je lah.


: : Double Velvet. So cute : :


: : Dah beli cupcake, beli ice blended pula. Ish ish ish : :


: : Hadiah untuk Aisya : :


: : Happy 4th Birthday sayang… Mommy love love you : :

Dengan entry Hong Kong Live in Kuala Lumpur ni, bersempena jua dengan cuti-cuti akhir tahun saya tahun 2017.
InsyaAllah esok sampai 6 December 2017 saya akan berada di Hong Kong.
Doakan saya, Encik Z dan Yaya dipermudahkan urusan di sana ya.

Blog bercuti sampai 7 December k. Macam biasa, saya cuti, blog pun cuti hehe.
InsyaAllah balik Hong Kong ni saya cuba kejarkan entry Seoul, India dan Kota Bharu.
Selagi tak update, selagi tu lah tak senang hati.

Korang, have a nice weekend dan selamat bercuti!

xoxo,
Normaya

Singgang Warisan


: : Sabtu, 10 September 2016, Yaya whatsapp gambar pagi pagi kata diorang dah otw ke KL. Yey! : :

Macam biasa jemput diorang kat KL Sentral.
Kali ni tak balik KSU tapi terus ke LEP.
Janji nak jumpa dengan Kaklong sefamily kat Restoran Singgang Warisan.
First time saya makan kat sini.
Restoran lain banyak tutup, aterr Isnin nak AidilAdha dah kan.

: : 3 Layer Tea tu saya punya : :


: : 3 Layer Tea dah habis minum, order lagi 3 Layer Bandung pulak. Yaya tanya Mommy tak muak ke minum susu? Ye tak ye jugak kan? Heee : :

singgang
: : Food semua sedap! : :


: :  Belah belakang ada table dengan permainan congkak. Nak main ambik sahaja katanya. Gamak sesebelum ni orang asyik tanya je kot kan sebab maybe orang ingat display sahaja. So senang tulis terus camni : :


: : Anak-anak saya tak reti main congkak. Sian : :


: : Kat area sini memang banyak lukisan lukisan macam ni : :

Aisya ni makin lama makin cheeky. Geram je tengok.
Pandai sakat orang, gurau-gurau dan paling best fotogediks dia sekarang.
Asal ajak bergambar je terus senyum buat peace. Good girl Aisya!

Bebudak main basikal, main kinetic sand, main badminton dan main bola.
Aisya main bola dengan Encik Z. Comel gila kot.
Ada sekali tu Encik Z baling bola, bola tu ke tepi dia tak dapat sambut.
Setiba tiba dia cakap ‘Ta une!’ aka Tak Guna!
Terperanjat Mommy tau tak Aisya hehe.
Ada saya post kat instagram sana. Gi la tengok @normaya11
Pastu instead kita puji dia, dia yang dok puji ‘Ayah pandai..’

Saya ada gak lawan badminton dengan Kaklong.
Baru main 5 minit dah mengah kau.
Tapi seronok la aktiviti macam ni. Berkumpul dengan family.
Santai santai dengan anak-anak. Harap berterusanlah hubungan kekeluargaan kami ni.
Amin.