Salam AidilAdha 2018

Dah alang-alang habiskan cerita Syawal, kita sambunglah dengan cerita AidilAdha pulak.
AidilAdha tahun ni hari Rabu, 22 Ogos 2018. Memang la cuti sekolah seminggu tu, tapi saya dan keluarga macam biasalah, di KL saja.

Pagi tu bangun siap-siap pakai baju raya, salam-salam dan bergambar.
Makanan ada lemang, nasi himpit, rendang ayam dan kuah kacang, mak mertua I bekalkan.
Karipap frozen Mama bagi masa ia datang KL hari tu.

Baju Melayu Encik Z seperti biasa recycle dari tahun-tahun sebelum ini.
Baju saya tu dari Imaan Boutique. Tapi kain tak sedaplah, panas. Rasanya pakai sekali ni je kot. Double loop shawl dari @marshmallowscarf .
Baju kebaya Yaya tu beli kat Uptown Danau Kota.

Encik Z tanya raya haji pun nak salam-salam ke. Raya haji pun nak bagi duit raya ke? Eh biar aaaa…

Lepas Zohor KakTin, Payiet & Kemal sampai. Dah alang-alang semua ada berdekatan, jadi marilah kita beraya bersama. Lagipun masa Syawal hari tu diorang tak sempat nak datang rumah saya.
Kebetulan masa tu kan ada Sukan Asia. Dan Malaysia tengah main live sepak takraw.
Apa lagi menonton beramai-ramailah kami. Terpekik-pekik dibuatnya.
Saya baru tahu dalam game sepak takraw ni pihak lawan boleh ejek mengejek eh? So comel players Malaysia dok goyang-goyang tangan, kepala bila dapat score.

KakTin bawak spaghetti ala kampung. Payiet & Kemal bawak buah-buahan. Saya up sikit fruit cocktail.


: : Kami 3 ketul dari dulu sampai sekarang cenggini je lah nya pun : :

Thank you for coming, korang!
Salam AidilAdha semua 🙂