Sebelum Pulang

Payiet & Kemal nak gi IKEA. Eh eh sibuk la saya pun nak ngekor jugak hehe.
KakTin naik dengan depa, so nak taknak kena ikut jugak la kan.

Rumah yang Kemal beli dah siap, so dia dalam proses deko deko la ni.
Sama la dengan KakYa awak ni. Tapi bezanya rumah KakYa masih dalam proses pindah milik.
Tapi takpe kita pasang angan angan dan berangan dulu takpe kann.


: : Perbincangan serius untuk memilih kerusi komputer : :


: : Simple je tempat TV ceni kan : :

Jalan dalam IKEA ni tak penah nya membosan kan?
Berapa puluh kali datang pun tetap la nak belek satu satu.
Sambil belek sambil berangan nak hias rumah ceni, nak deko rumah camtu.


: : Dalam lif pun bolehhh. Selesai acara belek membelek kami pun berpisah di situ : :

Saya dengan Encik Z terus ke Gardens.
Akhirnya… bertukar jugaklah handphone Encik Z.
Samsung A8 pilihan hatinya. Sila lah bang.


: : Special Edition Galaxy Note 5 warna pink. Comel je : :


: : Staff semua pun pakai tshirt warna pink : :

Balik rumah tapau lauk dulu kat area TSU.
Pegi la makan kat hipster cafe mana sekalipun, tapi tetaplah lauk pauk Melayu kita menjadi idaman di hati.
Kembung goreng, taugeh masak lemak, sambal udang petai, ulam dan sambal belacan.
Syurga!
Yang atas kanan tu ikan bilis goreng garing pedas krup krap sedapnya.
Tu beli kat Syikin. Sedap!!

Lepas makan apa lagi, membadak je lah!
Krohhh..

Birthday Breakfast di Rimba & Rusa

Minggu weekend birthday saya iaitu pada 23 Januari, saya dan adik beradik tiri plus Kemal & Encik Z sudah berjanji janjian mau birthday breakfast.
Kami ke Rimba & Rusa di Kota Damansara sana.
Plan nak gi makan makan ni actually dah lama jugak. Memang niat saya nak belanja depa pun.
Tapi nak cari date yang semua orang available punya lah payahnya hah.

Mandang semua orang pun free di minggu itu, lalu rancangan pun diatur.
Birthday breakfast merangkap belanja dapat duit rumah merangkap dapat bonus jua hehe.

Depa 3 ketul dah sampai dulu, saya dengan Encik Z macam berputar satu round sebab tak nampak signboard Rimba & Rusa tu.
Tak boleh kecik lagi keeee signboard tu? Sentap okk. Dah la warna silver.
Tak kelihatan dari kejauhan. Dah kedekatan baru ler nampak pffttt.

Sampai sampai depa dah sedang menjamu selera.
Dah pesan sesiap kat diorang, dah sampai nanti pesan je lah, makan terus pun takpe.
Takyah tetunggu.
Tapi jangan lupa snap gambau food tau. Kata blogger kannn.


: : Buku menu. Gamak memang konsep depa silver silver putih. Tapi tahukah anda kombinasi silver putih gini boleh membuatkan kornea mata membesar mengecil nak membacanya? Tskk : :


: : Boleh order yang di bahagian Bread and Breakfast sahaja. Dah kata datang breakfast kan : :


: : Jam di dinding menunjukkan jam 8.50 pagi. Ni view menghala ke arah kitchen sana : :


: : Saya bukan pencinta kek tapi bila tengok kek ni semua, hampir menjejes air liur dibuatnya : :


: : Saya punya. Melon Potion Juice. Ni sama macam air yang saya pernah update dulu. Dari MinumMinum : :


: : Ini saya punya. Pullef Beef & Eggs – Scrambled RM25. Punyalah sedappp. Ke sebab saya pencinta salad dan daging. jadi saya berat sebelah? Oh tidakkk. Memang sedap : :

: : Encik Z punya. Iced Caffe Mocha RM14 : :

: : Encik Z punya. Eggs & Hummus Toast – Poached RM24 : :


: : KakTin punya. Rimba Iced Milk Coffee RM16 : :


: : KakTin makan ni. Kacang Phool Jiddah nama diberi. RM18 : :


: : Hot Flat White RM12. Kemal punya : :


: : Orange Juice by MinumMinum jua. RM15. Kalau beli biasa kat luar RM10 je huhu : :


: : Payiet & Kemal bersatu hati makan ini. Smoked Salmon & Eggs RM30 : :

Untuk pencuci mulut kami order Bread & Butter Pudding with Vanilla RM17, Nutella Swirl Pavlova RM19 dan Creme Brulee RM16.
Kelas tak breakfast pun ada pencuci mulut bagai?
Kak Tin, behave plisss…


: : Dapat hadiah birthday. Yey! Maceh Payiet, KakTin & Kemal! : :

: : Ini hadiahnya. Macam tau tau je ku memang sedang cuba untuk pupuk semula semangat kembali membaca amalan mulia : :

Semua dipaksarela bertema hitam putih di hari kejadian.
Konon mewakili hitam putih di dalam kehidupan dan hitam putih di dalam persahabatan kami ini.
Kononnnn.. Hiks.


: : KakTin punya idea suruh bergambau ceni : :

Total harga makan adalah seperti di bawah.
Mahal kan? Ke standard harga hipster hipster cafe yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan di kala ini?
Sesekali ok la nak merasa kan.
Tapi being me, ada 2 benda yang saya tak berapa kisah sangat dalam hidup ini untuk berbelanja.
Makan dan travel. Saya tak berkira sangat.
Tapi kalau kata nak beli baju ke, mekap ke, kasut ke, barang kemas ke, memang saya kedekut kot hehe.

Eh, KakTin dah update blog tau. Jangan tak caya.
Sehari selepas kitorang keluar ni dia dah update. Clap clap clap.
Payiet je tak update update. Huh.