Phuket : Malin Plaza Night Market & Foot Massage

Malam ke 2 ni plannya nak ke night market. Saya google gak la cari info night market mana yang ok dan tak jauh sangat. Malas la kalau nak kena naik kenderaan bagai.
Google punya google so jumpalah Malin Plaza ini. Jalan kaki dari hotel pelan-pelan dalam 15 minit camtu lah lebih kurang.

: : Kalau ke kiri menuju ke Hard Rock Cafe, Phuket. Tapi untuk ke Malin Night Market, jalan terus je sampai hujung : :

Malin Plaza Night Market ni adalah indoor. So memang boleh jalan dengan selesa.
Barang-barang yang dijual pun semua susun teratur je.
Jalan kat Thailand ni satu lah, diorang punya makanan ke, souvenir ke, semua pun rambang mata menengok ha. Kalerful dan comel belaka.


: : Baju putih ni glamer kat sana. Encik Z nak beli sehelai. Sila lah bang : :


: : Aiyoo 18SX : :


: : Tapi semua pun memang wangi! : :


: : Beli ini semua. Yang kelapa tu saya buat sabun mandi. Geram tengok macam isi kelapa. Rasa nak kokak kokak! : :

Selesai jalan-jalan cuciĀ  mata kat dalam, baru lah nak cari makan. Ingat nak terus makan kat situ tapi ruang untuk duduk plus meja kerusi semua limited. Full manjang.
So saya cakap dengan Encik Z, takpelah kita beli bawak balik makan kat hotel pun sokay je. Maka pusing-pusinglah kami cari gerai yang jual makanan halal. Ada a few jugak la, so jangan risau, beli lah dengan penuh keyakinan k.


: : Kat bahagian cucuk-cucuk ni kena berhati hati k. Ada je Cik Khin yang terselit : :


: : Beli teh ais dan kopi ais : :


: : Dan aiskrim kelapa juga : :


: : Malin Plaza Night Market, Phuket, Thailand : :


: : Menjejeh jejeh la aiskrim sepanjang jalan : :


: : Nampak float Flamingo ni. Macam nak, macam suka, macam nak beli. Tapi tak beli pun heeee : :


: : Kenapa teh ais korang tak sedappppp huwaaaa : :


: : Telur dadar : :


: : Pad Thai. Encik Z beli nasi goreng. Tapi saya belek gambar dalam kamera takde pulak. Ke saya yang lupa snap? Hmm.. Both pad thai dan nasi goreng adalah biasa-biasa aje : :

Lepas makan, rehat kejap, pastu bagitau Encik Z saya nak pergi foot massage. Encik Z ok je. Tempat massage tu seberang hotel je pun. Saya pergi dengan baju tidur je hiks. Tak plan pun nak foot massage sebenarnya tapi cam ah pergi je lah. Nanti yang 1 full body tu esok pulak. Massage kat Thailand kan murah-murah, so janganlah melepaskan peluang.


: : Berdiri dari lobi hotel dah nampak tempat massagenya nun sana ha : :


: : Ok ok saja massagenya. Tak kuat sangat compare yang dekat Uptown Cheras dulu tu. Haihhh rindu nak pergi berurut kat sana sebab memang puas hati 5 bintang I tell you : :

End of day 2.

Phuket, Thailand : Berkenu di Thalu Island

Aktiviti seterusnya ialah berkenu atau berkayak. Eh ke lain antara kenu dan kayak?
Tapi dalam kes ni kayak lah kot. Sebab dah namanya canoe kan. Nama tempat ni ialah Thalu Island.

: : Nancy memberi penerangan : :

Ikutlah giliran beratur untuk naik kenu. Jangan risau, akan ada sorang yang mendayung.
Jadi kau feeling feeling je lah tak dayung pun takpe. Satu kenu tu memang untuk 3 orang.
Nak lompat masuk dalam kenu ni pun saya merisau. Aterrrrr seluar saya tu kan dah koyak kat tepi. Jangan la terus {efek bunyi koyak}. Terpaksa la cabut tudung ikat kat punggung. Hiks. Kena duduk kaki menjulur. Lenguh baqhang. Tapi terpaksa ku tahankan jebat. Macam nak cramp pun ada huhu. Habis cemana, takkan nak duduk nyangkung pulak kan.
Last saya berkenu berkayak ni masa masuk Kelab Kembara zaman Form2, form 3 dulu.

Nanti pendayung kayak ni akan masuk macam dalam ala-ala gua gitu lah.
Lalu bawah batu-batu ni semua. Unik dan cantik. Kagum jugaklah saya dibuatnya.

Sampai hujung ada satu kawasan mendatar macam ni. Nak tau ada apa kat sini?
Ikan belacak. Surprisingly, orang Thailand pun panggil ikan belacak, belacak tau.
Nampak jelas la kat permukaan atas tu ikan belacak ni semua.

Gigih si pendayung bawak daun bentuk love ni ha. OK lah pendayung tu baik dan ramah orangnya, tolong snap kan gambar semua. Kita pun bagilah dia tips.


: : Berkayak dalam 30 minit kot rasanya. Lalu kembalilah semula ke jeti : :


: : Dalam panas-panas tu dapat minum air sirap, oh alangkah nikmatnya. 2 gelas saya bedal : :

:
: : Waktu balik saya duduk depan sebab selesalah sikit. So Encik Z boleh duduk tepi tingkap. Rambut pun dah terkeluar kusut masai. Jangan kecam plis : :

Sama seperti datang tadi, masuklah ke dalam dalam nak hantar passenger yang lain.
Korang pun tau kot, kat Phuket ni tempat yang happeningnya ialah kat Patong Beach. Hotel yang ke dalam ni semua macam private beach dan tenang santai-santai takde hiburan malam semua tu lah. Fikir-fikir, macam ok je kalau betul bercuti nak berehat taknak buat apa-apa aktiviti, then ambiklah hotel yang macam ni.
InsyaAllah one fine day panjang umur dan bila dah menghampiri warga emas, bila nak bercuti berduaan dengan Encik Z, cari hotel-hotel camni.